Seorang kanak-kanak lelaki di China nyaris maut selepas secara tidak sengaja terjatuh dalam bilik mandi dan badannya tertusuk batang berus pencuci tandas.
Budak tergelincir & terjatuh dalam bilik mandi, badan tertusuk batang toilet brush |
Mangsa berusia 12 tahun itu berjaya diselamatkan selepas pasukan perubatan berjaya mengeluarkan batang itu dari badannya yang juga telah merosakkan bahagian rektumnya.
ARTIKEL MENARIK: Dendam diejek tidak kacak, lelaki cabul, rogol dan bunuh remaja perempuan
Loading...
Difahamkan mangsa sebelum itu sedang mandi dan secara tiba-tiba tergelincir lalu terjatuh menimpa beberapa peralatan mencuci.
Mangsa segera dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya pada malam 22 Disember 2019.
Seramai 10 pegawai perubatan bekerjasama menyelamatkan mangsa dan mengeluarkan batang plastik itu dalam pembedahan yang mengambil masa lebih dari 4 jam itu.
Loading...
loading...
Mangsa kemudian ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan
Beberapa hari kemudian, kanak-kanak itu dibenarkan pulang selepas doktor mengesahkan keadaannya sudah stabil. Walaupun begitu, mangsa masih perlu menjalani rawatan susulan terutama pada bahagian rektumnya agar dapat dikembalikan kepada normal.
Sumber: Daily Mail via The Reporter
Post a Comment