30 rentung serangan udara di akademi tentera Libya

30 rentung serangan udara di akademi tentera Libya

TRIPOLI, – Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh manakala 33 lagi cedera dalam serangan udara ke atas akademi tentera di ibu kota Libya semalam, kata Kerajaan Kebangsaan (GNA).

30 rentung serangan udara di akademi tentera Libya
30 rentung serangan udara di akademi tentera Libya

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Amin al-Hashemi berkata, ketika serangan berlaku, kadet sedang berkumpul di kawasan perarakan sebelum menuju ke asrama mereka.

ARTIKEL MENARIK: Ladyboy tercantik di Thailand berjaya tewaskan wanita tulen dalam pertandingan ratu cantik

Loading...

“Serangan terhadap sekolah tentera yang terletak berhampiran sektor perumahan di ibu negara turut mencederakan puluhan kadet lain,” katanya.

Pihak hospital kerajaan mengatakan amat sukar bagi mereka untuk mengenal pasti identiti mangsa kerana sebahagian besarnya rentung bahkan ada yang hancur disebabkan serangan berkenaan.

Difahamkan, majoriti mangsa adalah pelajar tentera dari bandar di seluruh Libya, berusia antara 18 dan 22 tahun.

Tripoli yang dikawal peringkat antarabangsa – dikenali sebagai GNA – menghadapi serangan Tentera Kebangsaan Libya (LNA) di timur yang setia kepada Khalifa Haftar sejak April.

Loading...
loading...

Angkatan tentera yang bersekutu dengan GNA menyifatkan, serangan semalam di kem tentera di Al-Hadhba sebagai ‘pengeboman udara’ yang dilancarkan oleh pesaing mereka di timur.

Bagaimanapun, jurucakap LNA menafikan pembabitannya dalam serangan itu.

Sejak kejatuhan Muammar Gaddafi, Libya terpecah kepada dua pemerintahan – satu di timur, dan satu lagi di Tripoli yang mendapat sokongan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Agensi

 Portal Islam dan Melayu 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post