Hati siapa yang tidak sedih saat kehilangan ahli keluarga terutamanya ibu bapa. Kehilangan insan yang berharga ini merupakan satu momen paling perit dan sukar untuk diterima.
VIDEO‘Mama, Mama..’ Anak Kecil Meratap Dan Menangls Tanpa Henti Sebelah Jasaad Ibu Vndang Sebak |
Kesedihan ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apatah lagi apabila anak-anak yang masih kecil ini terpaksa meneruskan hidup tanpa orang tua disisi.
ARTIKEL MENARIK: ‘Arwh Ayah Datang Untuk Jemput Dia’ Ibu Gadis 200kg Kongsi Cerita Sayv..
Loading...
Begitulah nasib yang menimpa seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan apabila dia terpaksa menanggung sedih, kehilangan isteri ketika anaknya itu masih kecil lagi.
‘Mama, mama’
Menerusi video yang dikongsikan Insan Tonji di laman Facebooknya, memaparkan anak perempuannya, Aqillasesha sedang meratap dan menangis di sebelah jasad ibunya. Apa yang lebih menyedihkan apabila anak kecil tersebut menangis sambil memanggil ibunya yang sudah tidak bernyawa. Wajahnya yang sayu itu dilihat seakan-akan mahukan ibunya kembali disisi.
Momen hiba itu diperhatikan oleh orang sekeliling yang rata-ratanya turut bersimpati dan sedih dengan nasib yang menimpa keluarga itu. Ada juga dalam kalangan mereka yang tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata.
Coretan buat Aqilla
Sementara itu, Insan Tonji turut menulis satu nota istimewa buat Aqilla dengan meninggalkan beberapa pesanan isteri untuk anaknya itu.
Menurutnya, mereka amat bersyukur dengan kelahiran Aqilla ke dunia membuatkan hidup mereka lebih sempurna dan bahagia. Tambah Insan lagi, walaupun Aqilla kelak akan meningkat dewasa dan melalui saat kesukaran, dia dan arwah isterinya itu akan sentiasa berada disisi anaknya.
Loading...
loading...
Dalam pada itu, arwah isterinya berpesan kepada anak perempuan mereka itu supaya menjadi insan yang berguna dan boleh membanggakan kedua-dua ibu bapa. Akhir sekali, arwah isterinya turut meninggalkan nasihat kepada anaknya supaya jangan berubah untuk jadi orang lain sebaliknya jadilah diri sendiri kerana ianya mampu memberi sinar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami
Sumber:Insan Tonji via Note Untuk Awak
Post a Comment