(Video) 'Mohon PDRM angkut geng besar kepala ni' - Geng konvoi kahwin sekat laluan undang kemarahan netizen

(Video) 'Mohon PDRM angkut geng besar kepala ni' - Geng konvoi kahwin sekat laluan undang kemarahan netizen

Viral di media sosial semalam video dashcam yang menunjukkan beberapa buah kenderaan bertindak menghalang laluan pengguna jalan raya lain di sebuah persimpangan lampu isyarat.

(Video) 'Mohon PDRM angkut geng besar kepala ni' - Geng konvoi kahwin sekat laluan undang kemarahan netizen
(Video) 'Mohon PDRM angkut geng besar kepala ni' - Geng konvoi kahwin sekat laluan undang kemarahan netizen

Berdasarkan video itu, sebuah kereta Kia Forte berhenti di tengah persimpangan bagi menghalang kenderaan dari arah kanan meneruskan perjalanan, bagi memberi laluan kepada rakan-rakan konvoi yang lain melalui jalan itu.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Hati kering betul dia ni' - Lelaki datang seorang diri rompak kedai emas

Loading...

Tidak berapa lama kemudian, datang dua buah kereta Myvi turut berhenti di tengah persimpangan dan menyekat laluan itu sepenuhnya. 

Sebanyak 19 buah kenderaan terlibat dan hanya sebuah kereta yang nombor pendaftaran yang dapat dilihat dengan jelas iaitu WVF4099.

Orang awam tidak mempunyai hak untuk menahan kenderaan di persimpangan lampu isyarat bagi memberi laluan kepada konvoi. Tiada istilah marshall berkuasa berbuat demikian. 

Orang awam tiada hak untuk tahan kenderaan di simpang lampu isyarat untuk memberi jalan kepada konvoi, sekalipun anda marshall. pic.twitter.com/2j9X78SiWh
— MyWatch (@My_CrimeWatch) December 8, 2019


Loading...
loading...

Di media sosial, netizen menyelar tindakan 19 pemandu kereta itu yang jelas sekali kurang ajar dan biadab, menggesa Polis Diraja Malaysia mengesan dan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka. 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post