Gara-gara pemandu kereta melanggar lampu isyarat merah menyebabkan seorang penunggang motosikal kemalangan dan mengalami kecederaan.
(Video) 'Kalaulah kamu bersabar...' - Pemandu langgar lampu merah menyebabkan penunggang motosikal kemalangan |
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.41 petang 11 Disember 2019, di Mantin, Negeri Sembilan, kereta Perodua Axia terbabit berada di lorong kiri sebelum membelok ke kanan.
ARTIKEL MENARIK: 'Dasar atok nafsu binatang!' - Viral pula video lelaki tua 'ratah' ayam betina
Loading...
Lampu isyarat pada ketika itu berwarna hijau bagi lorong kiri, manakala lampu merah bagi lorong masuk ke kanan.
Tindakan semberono pemandu Axia itu menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh kenderaan itu.
Kejadian itu juga dirakam dashcam kereta milik Zull Ahmad yang kemudian viral di media sosial.
Menurut Zull Ahmad, mangsa ketika itu dalam perjalanan balik dari tempat kerjanya, Tesco. Pemandu Axia itu juga tidak melarikan diri seperti yang tersebar di media sosial.
Loading...
loading...
"Ini video cam dari kereta saya semalam. Kereta Axia itu tak lari. Kereta itu berhenti di depan sikit. Adik yang bawa motor itu baru balik kerja dari Tesco. Kereta dan motosikal ada di Balai Trafik Nilai. Video asal saya dah serahkan kepada trafik.
"Mangsa sedar tetapi dalam keadaan terkejut dan tidak boleh berdiri. Mangsa dihantar ke hospital dengan ambulans. Ibu pemandu Axia juga tersepit di tempat duduk penumpang. Saya bantu apa yang boleh.
"Kalau ikut nombor plat, kereta Axia itu memang baru sangat-sangat. Driver kereta pun masih muda, mungkin kurang pengalaman memandu.
"Semoga menjadi pengajaran dan ingatan untuk kita supaya berhati-hati ketika memandu. Jangan susahkan orang lain disebabkan kecuaian kita," katanya.
Post a Comment