Ramai sebak lihat keriangan anak kecil ini main pasir kubur ibu bapanya… enggan pulang – “Belum sempat apa-apa, Arfan terus panggil bu bu bu”

Ramai sebak lihat keriangan anak kecil ini main pasir kubur ibu bapanya… enggan pulang – “Belum sempat apa-apa, Arfan terus panggil bu bu bu”

SAYU melihat seorang kanak-kanak asyik bermain pasir ‘bertemankan’ dua kubur, tidak mempedulikan orang lain seperti berada dalam dunianya sendiri.

Ramai sebak lihat keriangan anak kecil ini main pasir kubur ibu bapanya… enggan pulang – “Belum sempat apa-apa, Arfan terus panggil bu bu bu”
Ramai sebak lihat keriangan anak kecil ini main pasir kubur ibu bapanya… enggan pulang – “Belum sempat apa-apa, Arfan terus panggil bu bu bu”

Di hadapannya adalah kubvr ibu dan bapanya yang dijemput Ilahi hampir dua bulan lalu selepas m4ut dalam kemal4ngan jalan raya.

ARTIKEL MENARIK: Bekas Kekasih ‘Awek Cendol’ Kini Bergelar Suami, Dua Kali Lafaz Gara-Gara Tersasul Sebut Mas Kahwin RM3!

Loading...

“Petang ni bawa pergi kubvr abi dan ibu, suka seolah-olah nak bercakap dengan ibu. Bila cakap ibu kat sini dia pun duk bu bu bu seolah memanggil.

“Tak nak balik, suka duk main pasir situ, kat rumah tak main pasir pun. Allahu jelas nampak dia rindu, tarik tangan nak balik pun tak mau. Nanti kita mai lagi ye Arfan,” menurut tulisan bapa saudara kanak-kanak itu di laman sosial yang mengundang sebak netizen.

Bercakap kepada mStar, Nur Azuan Shamsuddin berkata, tulisannya itu sekadar mahu berkongsi perasaan sebaknya terhadap keadaan yang menimpa anak saudaranya, Muhammad Arfan Ziqri yang baru berusia dua tahun.



Arfan berdiri di hadapan kubvr ibu dan bapanya.

Bapa saudara berusia 32 tahun itu berkata, ketika itu dia membawa Arfan menziarahi kvubur ibu bapanya di Tanah Perkubvran Islam Rengkang Hilir di Bachok, Kelantan, petang Rabu.

“Saya datang bersama isteri dan anak saya serta anak-anak saudara yang lain. Sebelum ke kvbur saya ada beritahu nak bawa Arfan ziarah kvbur abi (panggilan bapa) dan ibu dia.


Loading...
loading...

“Sampai saja ke kubvr belum sempat apa-apa lagi, Arfan terus panggil bu bu bu. Seperti dia teruja untuk berjumpa dengan ibunya ketika itu,” katanya kepada mStar.



Arfan tak mahu berganjak beredar dari kvbur ibu dan bapanya.

Namun, apa yang pelik bagi Nur Azuan, anak saudaranya itu tidak pernah bermain pasir di rumah keluarganya di Bachok.

“Kat rumah keluarga saya pun ada pasir, banyak pula tu tapi Arfan tak pernah nak main. Tapi di kvbur mak ayah dia, Arfan seronok betul main pasir, dikuis-kuis pasir kat situ.

“Kejap dia duduk, kejap berdiri. Selepas tu dia keliling kubvr mak ayah dia. Kami biarkan saja sebab dia masih kecil, biarkan dia melayan perasaan sendiri. 

“Saya sebak tengok Arfan. Walaupun Arfan tak menangis, tapi saya tahu dia begitu rindu dengan ibu dan abi dia,” katanya sambil menambah bahawa dia adalah abang kepada bapa Arfan yang merupakan anggota polis, 
Allahyarham Lans Koperal Muhammad Shakiran, 30.
Saya sebak tengok Arfan. Walaupun Arfan tak menangis, tapi saya tahu dia begitu rindu dengan ibu dan abi dia.
NUR AZUAN
Nur Azuan yang bekerja sebagai jurujual memberitahu, paling mencabar sewaktu mahu pulang ke rumah kerana Arfan enggan berganjak dari kubvr ibu dan bapanya.

“Kami ajak Arfan balik, tapi dia tak nak. Siap merengek, macam dia tahu nak kena tinggalkan ibu dan abi dia. Tarik tangan ajak balik pun dia tak nak.

“Dalam 10 minit juga dia tak nak, duduk tenung lama kat kubur tu. Aduhai saya bertambah sebak… tapi selepas berkali-kali pujuk baru Arfan nak ikut balik. Sampai di rumah dia muram dan termenung saja,” ujar bapa seorang anak itu.



Nur Azuan bersama anak saudaranya, Arfan.

Menurut Nur Azuan, personaliti anak yatim piatu itu berubah sejak pemergian ibu bapanya dari seorang yang begitu agresif kepada lebih tenang dan mendengar kata.

“Dulu kalau nak ajak mandi ke makan atau tidur punyalah susah. Tapi sekarang ni, senang saja nak suruh dia buat semua tu. 

“Keadaan Arfan tu macam ‘aku dah tak ada mak dan ayah, aku kena tak boleh liat macam dulu lagi… aku kena belajar buat sendiri tanpa disuruh berkali-kali’.

“Saya pernah dukung Arfan sebelum ini, saya bisik kat dia ‘Arfan, semoga jadi anak yang soleh, berjaya dan menjadi kebanggaan kepada mak dan ayah,” katanya.

Dalam kejadian pagi 29 Oktober lalu, ibu bapa Arfan, Lans Koperal Muhammad Shakiran dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27, m4ut selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kem4langan jalan raya dengan sebuah lori di Jalan Syed Putra di Kuala Lumpur, menghala ke pusat bandar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber  : Mstar  via Berita Steady Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post