Susulan pendedahan terkini bekas anggota UTK, Azilah Hadri berhubung kes pembunuhan Altantuya yang membabitkan menteri pertahanan pada waktu itu, Najib tampil menafikan dakwaan itu dan menganggap kenyataan akaun bersumpah itu berniat jahat.
'Kenapa maklumat ini keluar sekarang?' - Najib nafi beri arahan bunuh Altantuya Shaariibuu |
Selain menafikan, Najib juga mempersoalkan mengapa maklumat itu tidak didedahkan ketika lebih awal berbanding 10 tahun selepas kes itu dibicarakan. Malah Najib mendakwa perkara itu mungkin didalangi oleh pentadbiran Pakatan Harapan untuk mengalihkan perhatian orang ramai dari isu yang membabitkan PH.
ARTIKEL MENARIK: 'Sebelum dibunuh, Altantuya kata dia tahu Mr Razak yang hantar saya & Sirul untuk bunuh dia' - Teks penuh Akuan Bersumpah Azilah Hadri
Loading...
"Ini semata-mata rekaan oleh mereka yang terdesak untuk mengelakkan diri daripada tali gantung. Kenapa maklumat ini tidak keluar sebelum ini, tetapi hanya sekarang selepas lebih satu dekad selepas kematiannya dan hanya selepas 19 bulan PH berkuasa?
"Saya percaya ini adalah perjanjian antara kerajaan PH dan Azilah yang menjanjikan hukuman mati itu akan dimansuhkan atau ditangguhkan sebagai balasan. Ini adalah percubaan untuk mengalih perhatian dan menyerang saya," katanya.
Najib bertegas, dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya sepertimana yang didakwa Azilah dalam akuan bersumpahnya (SD) itu.
Loading...
loading...
"Sekiranya kamu percaya SD itu maka kamu juga harus mempercayai SD terbaru yang dibuat terhadap PM kelapan," katanya yang merujuk kepada dakwaan salah laku seksual terhadap Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, Najib mengalu-alukan polis menyiasat semula kes itu.
Sumber: MalaysiaKini via The Reporter
LAPORAN BERKAITAN
- 'Najib arah saya dan Sirul bunuh Altantuya' - Bekas pegawai polis buat pendedahan mengejutkan
- 'Sebelum dibunuh, Altantuya kata dia tahu Mr Razak yang hantar saya & Sirul untuk bunuh dia' - Teks penuh Akuan Bersumpah Azilah Hadri
Post a Comment