'Kau curang!' - Suami tembak kepala isteri selepas kantoi berasmara dengan lelaki lain di rumah
'Kau curang!' - Suami tembak kepala isteri selepas kantoi berasmara dengan lelaki lain di rumah |
Seorang lelaki didakwa menembak mati isterinya berusia 19 tahun selepas dia pulang ke rumah dan mendapati mangsa berada di atas katil dengan lelaki lain.
ARTIKEL MENARIK: Lagi kes wanita meninggal dunia dalam tidur akibat kesejukan
Loading...
Osmara J. Martinez, ditembak tepat di kepala dalam kejadian yang berlaku di Tehuantepec, selatan Mexico.
Menurut laporan La Prensa, polis mengesyaki mangsa dibunuh oleh suaminya, Alfonso E.R, 26, selepas mendapati Osmara melakukan hubungan intim dengan lelaki lain.
Semasa kejadian, lelaki ketiga itu berjaya melarikan diri tetapi mangsa yang turut cuba melarikan diri ditembak di lorong kejiranan mereka.
Beberapa saudara Osmara datang dan cuba menyelamatkannya tetapi gagal dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Loading...
loading...
Osmara berkahwin dengan Alfonso semenjak dia berusia 14 tahun selepas berhenti sekolah. Pada ketika itu, ibu bapa mangsa tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.
Polis berjaya menahan suspek yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk dengan kesan jerut di leher dipercayai cuba membunuh diri.
Sumber: Mirror via The Reporter
Post a Comment