SUNGGUHPUN mendapat kecaman hebat daripada netizen akibat memuat naik sekeping gambar dia bertudung sambil mengangkat jari tengah, gadis ini bagaimanapun tidak melatah.
Gadis Tudung Bangga Muatnaik Gambar Dengan Aksi Jari Tengah Di Laman Sosial,Tak Sangka Ini Pula Reaksi Netizen |
Hanya mahu dikenali sebagai Natasya, dia mengaku sudah lali menjadi bahan kecaman, apatah lagi ia bukan pengalaman pertama sejak mempunyai akaun Twitter beberapa tahun lalu.
ARTIKEL MENARIK:'Tengah gosok gigi, tengok kepala ular dekat dengan kaki''
Loading...
Dedah gadis ini lagi, sebelum ini dia pernah menjadi bahan kecaman gara-gara satu posting di laman sosial, sehingga kisahnya dipaparkan di sebuah laman berita tempatan.
“Posting saya sebelum ini membuatkan ramai tahu mengenai saya dan mungkin sekarang lebih hangat sebab gambar saya bertudung sambil tunjuk jari tengah.
“Sebenarnya gambar tersebut gambar lama ketika saya di semeter satu pada 2018. Ketika itu saya saja belek-belek gambar, dan secara sponton rasa nak muat naik.
“Saya tidak ada motif apa-apa pun ketika muat naik gambar tersebut. Pada saya ia hanyalah gambar yang agak gila-gila dan merapu. Muat naik pun untuk berkongsi dengan rakan-rakan di Twitter sebab mereka tahu perangai saya yang gila-gila.
“Biasalah, Twitter kan tempat untuk orang luahkan apa yang mereka rasa, sama juga seperti saya. Tapi ia dah tak seperti dulu, Twitter kini semakin teruk,” dakwa gadis ini sambil mengakui, akaun miliknya pernah digantung dua kali gara-gara beberapa perkongsiannya yang melanggar syarat kandungan ditetapkan laman media sosial itu.
Tambah Natasya, sebelum memuat naik gambar berkenaan, dia sedar imej tersebut kurang sopan apatah lagi dengan tudung yang tersarung di kepala.
Natasya tidak kisah dikecam namun meminta netizen agar tidak melibatkan kedua orang tuanya.
Loading...
loading...
“Ya saya sedar tapi niat asalnya hanya untuk kongsi dengan kawan-kawan, sebab mereka mengenali perwatakan saya. Namun memang tak sangka ramai yang retweet sehingga jadi seperti ini.
“Jadi mahu tak mahu, saya terpaksa terima kerana saya sedar ini kesalahan sendiri. Biarlah kecaman itu dilemparkan hanya kepada saya, tak perlu membabitkan kedua orang tua saya,” kata gadis yang sedang menuntut di sebuah politeknik di Pulau Pinang ini.
Menurut Natasya, dia terpaksa ‘menelan’ semua kecaman yang dilemparkan oleh netizen, namun tidak dapat menerima sekiranya ada komen negatif yang mengaitkan ibu bapa atau keluarganya.
Natasya berkata dia tidak melatah walaupun dilemparkan komen negatif oleh netizen.
“Ada satu komen netizen ni, kata-katanya kasar seperti tiada adab disebabkan ibu bapa tidak ajar, tak malu kah jika mak ayah ada dalam kubur nanti. Yang itu saya tidak dapat terima.
“Gambar itu gambar saya, ada muka saya, jadi tidak sepatutnya ibu bapa dikaitkan. Kalau nak kecam, biarlah kecam saya seorang. Saya tahu saya salah, saya langsung tiada maksud apa-apa, nak hina imej bertudung atau sebagainya. Saya minta maaf jika ada yang terasa,” ujarnya lagi.
Bercerita lebih lanjut, anak kedua daripada tiga beradik ini berkata, setakat ini perkara tersebut belum sampai ke pengetahuan kedua ibu bapanya.
“Ketika pernah masuk laman berita sebelum ini, ibu ada nasihatkan saya agar tidak terlalu leka dengan laman sosial.
“Cuma apa yang saya nak sampaikan di sini, netizen memang ada hak untuk mengecam. Saya pun tak boleh halang mulut orang, jadi buat tak tahu dan teruskan sahaja kehidupan.
“Ada juga sesetengah perempuan bertudung yang buat perkara tidak sopan, namun aibnya masih ditutup. Namun apa yang penting, usah menilai hanya daripada luaran jika tidak mengenali seseorang,” katanya lagi.
SUMNER: MSTAR via Berita Steady Media
Post a Comment