Rakyat Malaysia bakal berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Anulus (Cincin) pada 26 Dis ini yang berlaku di kawasan Tanjung Piai, Johor dan Serian, Sarawak.
Fenomena ‘Cincin Berapi’ Di Langit Malaysia Pada 26 Disember Ini, Waktu Kemuncak 1.23 Petang |
Pengarah Planetarium Negara Anita Bahari berkata Gerhana Matahari Cincin itu hanya akan berlaku di dua kawasan tersebut sahaja kerana pada ketika itu kedudukan bulan, bumi dan matahari adalah selari.
ARTIKEL MENARIK: Hadiah tahun baru, kerajaan PH naikkan cukai taksiran bermula Januari 2020
Loading...
Beliau berkata tempoh gerhana akan berlaku bermula pukul 1.21 petang hingga 1.23 petang di Tanjung Piai manakala di Serian pula, fenomena astronomi itu akan berlaku dalam tempoh kira-kira empat minit bermula 1.46 petang hingga 1.50 petang.
“Gerhana Matahari Cincin ini pernah terjadi 21 tahun dahulu iaitu pada 22 Ogos 1998 di Mersing, Johor dan jika anda terlepas peluang ini, kita harus menunggu 22 tahun lagi,” katanya dalam sidang media Gerhana Matahari Anulus di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Sains, Teknologi, Industri dan Pembudayaan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Kamaruzaman Nik Husin.
Pada waktu sama, seluruh negara juga akan turut mengalami fenomena Gerhana Matahari Separa yang akan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga 3.30 petang.
Namun jelasnya, jika masyarakat ingin melihat kejadian Gerhana Matahari Cincin lebih dekat dan tepat, ia hanya berlaku di Tanjung Piai dan Serian sahaja.
Loading...
loading...
Selain itu, bersempena fenomena itu juga, Planetarium Negara dengan kerjasama Taman Negara Tanjung Piai turut mengadakan festival SolarFest Malaysia 2019 bermula 24 sehingga 26 Dis ini.
Festival yang menyasarkan 30,000 pengunjung sepanjang tempoh penganjuran itu juga bakal disertai ahli-ahli astrofizik dan selebriti tempatan, melibatkan pelbagai acara antaranya kempen kesedaran alam sekitar dan pameran solar Gastronomi.
Pada kemuncak acara 26 Dis nanti, orang ramai khususnya peminat astronomi berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin melalui teleskop dan cermin mata yang disediakan oleh Planetarium Negara.
Sumber: Bernama
Siakap Keli.
Post a Comment