CUCU lelaki kepada pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad meninggal dunia pada pagi Selasa.
“Dihentikan sistem sokongan hayat…” – Cucu Prof Dr Muhaya meninggaii dunia,Kongsi Cerita Detik Akhir Dan Ini Punca Pemergian Buat Ramai Sebakk |
Dr Muhaya yang juga pakar bedah mata itu berkata, cucu lelaki beliau yang berusia dua tahun lima bulan, Muhammad Ahmad Aiman meninggal dunia pada pukul 9.50 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur.
ARTIKEL MENARIK: 4 Tahun Simpan Bukti Dan Akhirnya Isteri Dai Ini Tidak Boleh Simpan Lagi. Dia Minta Maaf Buka Aib Tapi Rahsia Terpaksa Dipecahkan
Loading...
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Dengan penuh rasa kesyukuran dan ketakwaan ingin diumumkan kembali ke Rahmatullah cucunda kami Muhammad Bin Ahmad Aiman pada jam 9.50 pagi tadi.
“Jenazah akan disolatkan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor, insyaAllah,” katanya menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pagi Selasa.
Bercakap kepada mStar, pembantu peribadi beliau, Tengku Nur Haqimah Tengku Putera berkata, cucu Dr Muhaya dimasukkan ke PPUKM pada Isnin.
“Muhammad merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan sakit sejak kecil,” katanya ringkas.
Perkongsian Dr Muhaya di laman sosial, pagi Selasa.
Loading...
loading...
Dr Muhaya sebelum ini memberitahu, cucunya yang tenat di hospital bergantung kepada sistem sokongan hayat.
“Pagi ini jam 9 akan dihentikan ventilator atau sistem sokongan hayat kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk.
“Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan cucunya itu.
“Terima kasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga,” katanya.
Berita Steady Media
Post a Comment