Bapa tikam murid buli anaknya 10 kali, dijatuhkan hukuman mati

Bapa tikam murid buli anaknya 10 kali, dijatuhkan hukuman mati

Seorang bapa yang membunuh rakan sekelas anak perempuannya berusia 9 tahun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah di Jiangxi, China, Jumaat lalu.

Bapa tikam murid buli anaknya 10 kali, dijatuhkan hukuman mati
Bapa tikam murid buli anaknya 10 kali, dijatuhkan hukuman mati

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang dikenali sebagai Wang. Tertuduh berkata, dia tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

ARTIKEL MENARIK: Remaja kantoi sorok patung 'ehem²' dalam almari


Pada 9 Mei 2019, Wang dimaklumkan oleh anak perempuannya yang dia telah dibuli oleh rakan sekelas bernama Liu, yang duduk di sebelah mejanya di sekolah. Wang kemudian mengadu mengenai insiden itu di dalam kumpulan WeChat kelas anaknya.

Wang yang mempunyai sifat baran dan isterinya kemudian mengambil inisiatif untuk bertemu dengan guru kelas terbabit dengan ibu bapa Liu, dengan harapan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan menukar tempat duduk anak-anak mereka di dalam kelas.

Pagi keesokan harinya, Wang menghantar anaknya ke sekolah tetapi bengang apabila mendapati ibu bapa Liu tidak berada di situ walaupun isterinya memberitahu bahawa hal itu telah diselesaikan.

Wang menghantar anaknya pulang ke rumah dan kembali ke sekolah dengan membawa sebilah pisau.

loading...

Wang masuk ke dalam kelas lalu menikam Liu sebanyak 10 kali dan mengheretnya keluar dari kelas dan mencampak mangsa ke lantai.

Mangsa dikejarkan ke hospital, namun sudah terlambat dan doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia.

Wang kemudian berlegar di taman permainan di sekolah itu sebelum ditahan polis.

"Wang tidak mahu hubungan di antara anak perempuannya dengan rakan sekelas berdamai, sebaliknya dia hanya mahu membalas dendam. Tertuduh membunuh kanak-kanak lelaki itu yang berusia 9 tahun," mahkamah diberitahu ketika perbicaraan.

Meskipun Wang mengaku melakukan jenayah itu, tindakannya itu memberi kesan negatif kepada masyarakat dan keluarga mangsa tidak mahu memaafkan perbuatannya itu.

Sumber: China Daily via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post