'Ayah, bangunlah ayah..' - Lelaki mati kesejukan selepas beri selimutnya kepada anak

'Ayah, bangunlah ayah..' - Lelaki mati kesejukan selepas beri selimutnya kepada anak

Niat seorang bapa memberi selimut kepada anak perempuan agar tidak kesejukan bertukar tragedi apabila lelaki itu mengalami kesejukan sehingga mati.

'Ayah, bangunlah ayah..' - Lelaki mati kesejukan selepas beri selimutnya kepada anak
'Ayah, bangunlah ayah..' - Lelaki mati kesejukan selepas beri selimutnya kepada anak

Prasarn Homthong, 38, ditemui mati oleh anak perempuannya berusia 8 tahun, Panwira Noipha, pada pagi 7 Disember 2019 selepas mangsa tidak memberi respon ketika dia cuba membangunkannya dari tidur.

ARTIKEL MENARIK: 'Tunang abang tu pelacur' - Adik gesa abang tinggalkan tunangnya selepas terjumpa video gadis itu di web ehem²

Loading...

Difahamkan, suhu di wilayah Bueng Kan yang terletak di utara Thailand turun 9 darjah selsius pada waktu malam, tetapi Homthong hanya mempunyai selimut untuk melindungi dirinya dari kesejukan.

Homthong juga telah bercerai, menumpang berteduh sementara di rumah saudaranya bersama dengan dua anak perempuan, Natharin dan Noipha. Rumah itu juga belum siap sepenuhnya di mana ia tidak mempunyai tingkap dan pintu.

Menyangka dirinya dapat menahan kesejukan di waktu malam, Homthong memberi selimutnya kepada Noipha. Homthong kemudian tidur di tikar dan hanya memakai baju panjang dan seluar pendek.

Loading...
loading...

Di tengah malam, Noipha terbangun dan ternampak bapanya menggigil kesejukan dan mengembalikan selimut itu lalu menutupi badan bapanya. Tetapi mangsa ditemui meninggal dunia pada pagi keesokan hari.

Pegawai perubatan berkata, mangsa meninggal dunia kerana badannya tidak dapat menahan kesejukan pada malam kejadian. Ahli keluarga mangsa berkata, Homthong tidak mempunyai sebaramng masalah kesihatan sebelum ini.

Sumber: Khaosod via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post