Susulan viralnya isu pasangan 18-19, ramai yang mula mencari maklumat mengenai wanita itu sehingga ada pihak yang mendedahkan bahawa gelaran 'doktor' yang digunakannya selama ini adalah palsu.
'Aku cabar kau jumpa depan-depan, nak tengok ilmu neurologist kau' - Doktor dedah gelaran doktor diguna Dr Airen adalah palsu |
Menurut beberapa pegawai perubatan, mereka telah cuba mencari maklumat Noorainul Naqim Mohd Radzi atau Dr Airen di laman web Malaysia Medical Council, tetapi tidak ditemui.
ARTIKEL MENARIK: Kena Bl0ck & ‘Unfriend’ Oleh Abang Sendiri, Adik Da’i Farhan Tampil Pertahan Maruah Kakak Ipar
Loading...
Terdahulu, Dr Airen di akaun media sosialnya mendakwa dirinya adalah doktor neurologi. Malah, berdasarkan posting di Facebooknya sebelum ini juga mendakwa dia telah merawat beberapa pesakit yang datang ke premisnya.
Selain menyediakan khidmat merawat penyakit buah pinggang, strok, darah tinggi, kanser, kencing manis, mandul dan banyak lagi, mereka juga mendakwa boleh memberi rawatan kepada pesakit yang terkena gangguan jin.
Kekeliruan itu menyebabkan ada doktor yang mengambil inisiatif untuk melaporkan penyalahgunaan gelaran itu kepada pihak MMC, untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Dr Yazeed Hair Johari juga mencabar 'doktor palsu' itu berdepannya bagi membuktikan dirinya adalah doktor yang sah.
DOKTOR pakar palsu boleh rawat jin dengan mesin elektronik? Aku cabar kau jumpa aku depan-depan. Kalau kau baca ni, kau tengok dan cuba ingat muka dekat bawah ni.
Kononnya 'Dr' Noorainul Naqim. Dia mengaku sebagai Neurologist bai. Bukan biasa-biasa. Kalau dia nak kencing, dia terus up yang paling atas sekali. Tapi bila check nama dekat Malaysia Medical Council (MMC), tak wujud rupanya.
Dia dah treat ramai patient tau. Dha ramai yang terkena dengan sijil yang dia dapat, Electronic Medication of Malaysia dari Open University.
Aku nak tanya, kejadah universiti apa ni? Dah la course elektronik medication ni. Kebaghalan apa ni? Aku dengar nama elektronik tu pun dah geli. Belum lagi dia kepit wayar tu dekat tudung kepala pesakit.
Kau tahu tak wayar dalam bengkel kemahiran hidup dekat sekolah? Sangkut stetoskop lagi pula tu dekat leher. Kau ni, neurologist ke physician ni? Kau sendiri pun confuse dengan bidang kau.
Bayangkan dekat IG dia ada 39,000 followers. Dah rawat dari rumah ke rumah. Kau bayangkan berapa ramai dah terkena dengan kebodohan ini. Lepas tu konon ada carta rawatan. Aku pun tak tahu itu apa. Protein metabolism la. Siap ada 'range' tapi range pun tak ada unit. Kejadah apa tu?
Loading...
loading...
Mai sini jumpa aku. aku nak tengok ilmu neurologist elektronik kau ni.
Orang macam ni memang sakit mental. Kau tengoklah sijil tu. Aku dah check semua doktor elektronik tu dari emeritus presiden sampai ke vice president, semua tak wujud. Buat sendiri.
Paling best, mesin elektronik dia boleh kesan jin. Aku dah booking slot appointment nak jumpa dia. Sebab otak aku dah tak betul tengok dia punya perangai ni. Harap mesin elektronik dia tu boleh sembuhkan aku.
Post a Comment