'Abang sentiasa ada untuk sayang...' - Baru 15 bulan berkahwin, isteri meninggal dunia kerana kanser ovari

'Abang sentiasa ada untuk sayang...' - Baru 15 bulan berkahwin, isteri meninggal dunia kerana kanser ovari

Ahad lalu, seorang pengguna Twitter memuat naik gambar dirinya bersama isteri dengan kapsyen "From this to this" yang menunjukkan gambar perkahwinan mereka dan gambar isterinya telah kembali ke rahmatullah.

'Abang sentiasa ada untuk sayang...' - Baru 15 bulan berkahwin, isteri meninggal dunia kerana kanser ovari
'Abang sentiasa ada untuk sayang...' - Baru 15 bulan berkahwin, isteri meninggal dunia kerana kanser ovari

Gambar itu mengundang rasa sebak netizen dan ramai yang bersimpati serta mendoakan yang baik-baik buat Khairul Azwan Razali, 24.

ARTIKEL MENARIK: 'Baybee, malam ni on tak?' - Isteri hidap kanser tahap 4 terkejut jumpa mesej suami curang dengan adik kandungnya sendiri
Loading...

Berkata kepada Harian Metro, Khairul menceritakan hubungan dia dengan arwah Nur Syamini Alya Mazlan, 24, bermula sewaktu menunaikan umrah tiga tahun lalu dan berakhir di jinjang pelamin. 

Namun, hubungan mereka hanya bertahan selama 15 bulan apabila Nur Syamini Alya meninggal dunia akibat kanser ovari. 

Alhamdulilah ya Allah..terima kasih pada semua yang tak terhingga..terharu pada semua ucapan yg anda semua bagi dkt saya.. terima kasih sekali lagi untuk semua..semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah InsyaAllah ameen 🤲 pic.twitter.com/uMFm3kZFaf
— acong (@azwan_kar) December 9, 2019
Menurut Khairul, sudah tiga tahun isterinya bertarung dengan kanser itu dan mendapatkan rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

"Kami mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2018 dan arwah meninggal pada 13 Ogos 2019. Terlalu singkat pertemuan kami dan ketika itu, kami baru merasai kebahagiaan sejak bersua muka di Kota Suci. 

"Arwah dimasukkan ke IKN pada 13 Julai dan sebulan selepas itu dia meninggal dunia. Malah sepanjang hayatnya, arwah pernah berpesan supaya menjaga keluarga jika umurnya tidak panjang," katanya. 

Dalam perkongsian di Twitter itu, Khairul juga memuat naik pesanan terakhir isteirnya.

"Bila sayang xdok dah, abang tolong jaga umi abah dan adik adik kita neh" - Nur Syamini Alya

"Abang akan jaga mereka macam mana abang jaga diri abang. Sayang berehatlah dengan tenang dan bahagia. Nanti abang datang, sayang jemput kan neh," tulis Khairul. 

Loading...
loading...

Pesanan terakhir arwah “bila sayang xdok dh, abg tlong jaga umi abah dan adik adik kita neh” abang akan jaga mereka mcm mana abg jaga diri abg ☺️ sayang berehat lah dengan tenang dan bahagia nanti abang datang sayang jemput kan neh 😊 pic.twitter.com/jdmTvJ0flL
— acong (@azwan_kar) December 9, 2019
Walaupun sudah setahun berlalu, Khairul masih merasai arwah isterinya ada berada di sisi terutamanya apabila berniaga di gerainya. 

Bila hadir satu majlis kahwin dan tetiba dapat ayat ni

“Orang lain baru nak kahwin tapi mg duda dah umur 24”

Maka tersenyum lah kesorangan untuk menghibur kan hati sendiri ☺️

Orang kata aku meratapi kubur setiap hari pergi tak kira jam brapa tapi yg lalui sahaja yg faham ☺️ pic.twitter.com/WUJp45NeOs
— acong (@azwan_kar) December 8, 2019
2.jpg

Netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada Khairul, tidak kurang juga yang mengucapkan takziah dan menangis kerana sedih. 


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post