Seorang wanita yang sarat mengandung menggunakan senjata AR-15 untuk membunuh penceroboh selepas dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan masuk dan menyerang suami serta anak perempuan mereka.
Wanita sarat mengandung tembak mati perompak yang pecah masuk ke rumahnya dengan AR-15 |
Jeremy King, 34, berada di rumahnya di Lithia, Florida bersama dengan isterinya berusia 31 tahun dan anak perempuan mereka apabila dua suspek terbabit menceroboh kediaman mereka pada jam 9 malam Rabu, sebelum mengacu pistol di kepalanya untuk meminta wang.
ARTIKEL MENARIK: Sampai Keras Dalam Perut, Didakwa Kerap Minum "Bubble Tea", Usus Pemuda Tersumbat
Menurut King, salah seorang suspek memukulnya dengan pistol, sementara seorang lagi suspek bertindak menendang kepalanya berulang kali.
Isterinya yang hamil lapan bulan ketika itu berada di bilik belakang, keluar selepas terdengar bunyi bising. Suspek terus melepaskan satu das tembakan. Si isteri segera mengambil senjata AR-15 lalu membalas tembakan menyebabkan suspek mati serta-merta.
Panik dengan situasi itu, rakan suspek terus melarikan diri dari rumah keluarga itu.
loading...
Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati suspek sudah tidak bernyawa. Suspek kini sedang giat diburu.
Polis juga mengesahkan bahawa, senjata yang digunakan isteri Jeremy King adalah berdaftar dan mempunyai lesen.
Mangsa menerima 20 jahitan di luka di bahagian kepala. King memaklumkan, dia langsung tidak mengenali dua suspek terbabit dan hairan mengapa keluarganya yang menjadi sasaran penjenayah.
Sumber: Daily Mail via The Reporter
Post a Comment