SEORANG remaja lelaki berusia 19 tahun yang tinggal di Kampung Mentara Lama, Gua Musang mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga dengan menjaga dua adiknya selepas ibu dan bapa tirinya meninggal dunia, baru-baru ini.
Terpaksa Guna Air Parit Basuh Baju, Tiga Beradik Yatim Piatu Perlu Bantuan |
Lebih menyedihkan, tiga beradik itu bukan sahaja tinggal di rumah yang tingkapnya ditutup dengan zink, malah terpaksa menggunakan air parit untuk kegunaan harian.
ARTIKEL MENARIK: Kalah di Tanjung Piai, rakyat sudah muak dengan kerajaan PH
Mereka hidup daif selepas kematian bapa, Ahmad Yaacob, 48, enam bulan lalu kerana sakit jantung dan disusuli ibu, Rubiah Zakaria, 38, tiga bulan lalu kerana menghidap kencing manis.
Mohamad Syahadam Abdul Talib Mohd Kasim berkata, rumah pusaka ibu bapanya yang didiami itu tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.
Katanya, masalah itu terpaksa dihadapinya dengan penuh kesabaran demi membesarkan dua adiknya, Siti Noraini Ahmad, 14, dan Siti Norasniza, 9.
“Adik kedua belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Wangi manakala Siti Norasniza belajar di Sekolah Kebangsaan Lepan Jaya. Kami tidak pernah mengeluh kerana sudah dididik hidup dalam serba kekurangan.
“Kami juga malu meminta bantuan daripada pihak terbabit dan perbelanjaan makan serta persekolahan dua adik sekadar termampu saya sediakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Mohamad Syahadam berkata, dia belajar sehingga tingkatan lima dan terpaksa mencari peluang pekerjaan untuk membantu keluarga.
Katanya, selepas bapa tirinya meninggal dunia, dia dan dua adik menjaga ibunya yang menderita kencing manis sebelum wanita itu meninggal dunia Ogos lalu.
“Dari situ hidup kami tiga beradik dipenuhi ujian, tetapi sebagai abang dan ketua keluarga, saya mengajar dua adik supaya berfikiran matang.
loading...
“Saya hanya bekerja sebagai buruh ladang sawit dan memperoleh pendapatan RM700 sebulan dan ia sekadar cukup belanja untuk kami tiga beradik.
“Keperluan air juga bergantung kepada air parit di belakang rumah untuk digunakan bagi memasak, mandi dan membasuh pakaian setiap hari,” katanya.
Menurutnya, arwah bapa tirinya membina rumah itu di tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad dan berjauhan dengan rumah penduduk lain.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional milik Mohamad Syahadam, 1012 1410 0006 1514
Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Gua Musang, Hizani Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah meluluskan bantuan kepada tiga beradik yatim terbabit.
“Kami akan mula buat pembayaran bantuan sebanyak RM300 kepada mereka, Disember depan dan kami sudah membuat siasatan berhubung perkara itu minggu lalu,” katanya.
Sumber: Harian Metro via http://cempedakcheese.com/
Post a Comment