Suami tertekan isteri shopping sampai RM179,559 sempena 11.11, nekad terjun dari tingkat 33

Suami tertekan isteri shopping sampai RM179,559 sempena 11.11, nekad terjun dari tingkat 33

11 November lalu, beberapa gedung online terkenal membuat jualan promosi besar-besaran dan ramai yang mengambil kesempatan itu untuk membeli barang-barang keperluan/kegemaran pada harga yang murah.

Suami tertekan isteri shopping sampai RM179,559 sempena 11.11, nekad terjun dari tingkat 33
Suami tertekan isteri shopping sampai RM179,559 sempena 11.11, nekad terjun dari tingkat 33

Namun, lelaki berusia 29 tahun di Luzhou, Sichuan, China ini tertekan apabila isterinya berbelanja melebihi keperluan sehingga menyebabkan dia hampir membunuh diri.

ARTIKEL MENARIK: Budak 10 tahun hamil 8 bulan akibat dirogol abangnya sendiri


Pada hari kejadian jam 10 malam, polis menerima panggilan kecemasan yang memaklumkan ada seorang individu cuba terjun dari bumbung bangunan 33 tingkat. Pihak polis segera pergi ke tempat kejadian dan cuba memujuk lelaki itu untuk tidak berbuat demikian.

Difahamkan, Wang, 29, tertekan apabila isterinya, Zhan, 29, membeli barangan di gedung online sehingga 300,000 yuan (RM177,559) untuk barang seperti beg tangan, pewangi mahal, pakaian dan banyak lagi.

Menurut Wang, ini bukan kali pertama berlaku dan isterinya memang gemar menghabiskan wang membeli barangan secara online. Tabiat isterinya itu bertambah teruk selepas melahirkan anak sulung mereka tahun lalu.

Tahun lalu, Zhan berbelanja sebanyak 200,000 yuan (RM118,374) dan Wang terpaksa membayar semua perbelanjaan itu tanpa rela. Wang kemudian berjanji akan mengawal nafsu shoppingnya itu tetapi janji itu dimungkiri.

loading...

Wang berkata, dia hanya menerima pendapatan beberapa ribu yuan sebulan. Isterinya sebelum ini bekerja dengan syarikat hartanah, tetapi selepas bersalin, Zhan berhenti kerja untuk menjaga anak mereka sepenuh masa.

Apabila Wang mendapati isterinya memungkiri janji, dia rasa tertekan dan mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana tidak tahu bagaimana dia harus membayar perbelanjaan isterinya itu.

Mujur polis berjaya memujuk Wang untuk tidak terjun selepas berusaha memujuknya selama 30 minit. Wang dibawa pulang ke rumah. Zhan sekali lagi berjanji dia tidak akan membeli barangan di gedung online lagi.

Sumber: China Press, World of Buzz

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post