Remaja maut dirogol 4 rakan sehingga alat kemaluannya hancur

Remaja maut dirogol 4 rakan sehingga alat kemaluannya hancur

Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas dirogol empat rakannya sebelum meninggalkan mayatnya dalam keadaan yang cedera teruk terutamanya di bahagian kemaluan yang hancur, kata pendakwaraya.

Remaja maut dirogol 4 rakan sehingga alat kemaluannya hancur
Remaja maut dirogol 4 rakan sehingga alat kemaluannya hancur

Jhoselin Monica Calani, 17, meninggal dunia di hospital, dua minggu selepas diserang empat suspek terbabit dalam kejadian di Oruro, barat Bolivia.

ARTIKEL MENARIK: Dipercayai Kerana Tidak Diberi Rokok, Dua Lelaki Didakwa Belasah & Bakar Rakan Sendiri Hidup-Hidup


Mangsa dirogol selepas minum bersama empat suspek di sebuah rumah, bulan lalu, kata Pendakwaraya Orlando Zapata kepada media.

Laporan mengatakan, mangsa tidak sedarkan diri selepas minum dua minuman keras dan sebaik tersedar, dia langsung tidak ingat apa yang telah berlaku. Mangsa mengalami kesakitan teruk di bahagian punggung dan sukar berdiri.

Media tempatan melaporkan, mangsa berjaya keluar dari rumah itu dan mendapatkan bantuan dari orang awam yang kemudian membawa dia ke hospital di mana mangsa disahkan berada dalam keadaan kritikal.

Ketika menjalani pembedahan, mangsa disahkan meninggal dunia akibat dari kecederaan parah yang dialaminya.

loading...

Zapata berkata, suspek yang ditahan berusia antara 16 dan 17 tahun, mengambil kesempatan di atas persahabatan mereka dengan mangsa. Kesemua mereka direman untuk siasatan lanjut.

Ibu mangsa berkata, "Kami menderita, sepatutnya kami meraikan dia yang baru tamat pengajian.

"Mereka yang terlibat tidak boleh dibebaskan. Keadilan perlu ditegakkan dan mereka mesti menerima balasan di atas perbuatan mereka, mereka tidak boleh dihukum dengan hukuman ringan."

Pegawai penyiasat masih menunggu laporan forensik bagi mengetahui sama ada suspek diberi dadah pada malam kejadian dia diserang empat suspek terbabit.

Kesemua suspek berdepan dengan hukuman penjara 30 tahun jika didapati bersalah.

Sumber: The SunDaily Star  via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post