Sebut saja Mustapha Kamal, pasti terlintas di minda pelakon yang seringkali melakonkan watak CEO berpangkat Datuk yang selalu membincangkan projek juta-juta dan dilanda pula masalah anaknya enggan mengambil alih syarikatnya.
'Papa tak nak perkara ini mengganggu bisnes papa' - Mustapha Kamal dianugerahkan gelaran Datuk Paduka |
Kelmarin, sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, baginda menganugerahkan darjat kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan (Al-Ibrahimi V) yang membawa gelaran Datuk Paduka kepada Mustapha Kamal.
ARTIKEL MENARIK: ‘Leon Mesti Islam, DiIarang Hubungi Istana’ Antara Syarat Sultan Kepada Rihana Untuk RM1 Juta
Melalui Facebooknya, Mustapha meluahkan rasa syukurkan diberi anugerah tersebut.
"Merafak sembah setinggi-setinggi tahniah kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi.
"Patik dan seluruh rakyat jelata mendoakan semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada Tuanku dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT serta bahagia dunia dan akhirat,” katanya.
loading...
Ekoran itu, ramai netizen yang membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan ucapan tahniah.
Bagi Mustapha, itu semua hanyalah sementara dan pinjaman sahaja.
"Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan, itu semua hanyalah sementara, hanya pinjaman. Yang terbaik dan terpenting adalah perilaku yang baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal-hal tercela, mengawal diri. Jangan menyakiti hati orang lain kerana kifarah itu ada.
"Dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana kesihatan adalah kekayaan kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hidup ini. Semoga kita semua bahagia di dunia dan akhirat," katanya.
Post a Comment