“None of your buisness” – Nabila Huda Jawab ‘Teguran’ Oleh Pu Syed Pasal Gambar Pegang Anjing
“None of your buisness” – Nabila Huda Jawab ‘Teguran’ Oleh Pu Syed Pasal Gambar Pegang Anjing |
Sebelum ni nama Nabila Huda hangat diperdebatkan di media sosial apabila pelakon yang berusia 35 tahun itu telah memuat naik gambar dirinya bersama seekor anjing jenis Husky di laman Instagram miliknya.
ARTIKEL MENARIK: “Kalau semua nak claim, tak berkembanglah industri kita” – Baju Wann di pentas GV6 dituduh cipl4k, pereka fesyen Arma mahu buat lap0ran p0lis
Gambar itu juga mendapat perhatian daripada seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Pencetus Ummah Syed. Dia ada menulis mengenai fenomena membuat sesuatu yang haram dengan sedar dikalangan selebriti semakin menjadi-jadi dan dianggap biasa di laman media sosial miliknya.
Namun begitu, Nabila Huda telah membuat satu video yang berdurasi lebih kurang 6 minit menjawab teguran yang diberikan oleh Pencetus Ummah itu.
loading...
Dalam video tersebut, Nabila menjelaskan bahawa dia berasa kesal apabila dirinya dituduh menjadi punca kepada orang ramai yang turut sama berani untuk memegang anjing.
Tambahnya lagi, dia merasakan teguran yang diberikan oleh PU itu adalah tidak wajar kerana baginya PU itu hanya ingin meraih populariti sahaja. Alamak betul ke?
Saya pegang Husky tu masa dia dalam keadaan kering”
Nabila turut menjelaskan bahawa semasa dia memegang Husky, haiwan itu berada dalam keadaan yang kering. Namun dia juga tidak lupa untuk samak selepas itu.
Dalam video itu juga Nabila ada menyatakan bahawa dirinya amat mencintai haiwan.
“Saya cuma nak share dengan semua orang, I love animal so much even I love dog.”
“Kita kan boleh samak, so tak jadi masalah.”
Diakhir video itu, Nabila Huda sempat memberi pesanan supaya PU Syed untuk menjaga dirinya sendiri dan tidak masuk campur dengan urusan orang lain.
Rata-rata netizen yang melihat video itu memberi komen yang mengatakan PU Syed hanya berniat untuk memberi nasihat, namun disangkal oleh Nabila.
“Saya takda hak ke nak bersuara?”
“Dia cakap saya punca orang lain berani selfie dengan anjing”
“Itu bukan teguran, tapi judge”
Hmm jangan lah g4duh-g4duh. Admin harap isu ni tak lah berlanjutan dan segera diselesaikan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Kredit : Sinar Viral Network
Post a Comment