Cuba anda lihat, berapa ramai kawan yang anda miliki. Tidak kira la sama ada di pejabat, rakan sekolah atau pun di media sosial. Mesti ramai kan?
Menurut Kajian, Orang Yang Kurang Kawan Hidup Lebih Bahagia, Mewah |
Bagusnya ramai kawan. Lagi ramai kawan, lagi la gembira dan bahagia. Tapi anda silap!!
ARTIKEL MENARIK: Ajal Dua Beradik Lemas Di Desaru, Adik Baru Habis Konvo..
Lebih ramai kawan, buatkan anda rasa tidak bahagia. Macam mana tu?
Kajian mendapati, ramai kawan boleh beri kesan buruk pada kesihatan dan kebahagiaan anda.
Yelah, nak jaga hati kawan, nak pastikan kawan sentiasa bersama. Ia sekaligus buatkan anda lupa tentang diri sendiri dek kerana pentingkan populariti. Anda akan jadi tidak gembira, tidak sihat dan lebih tertekan.
Lebih kurang kawan, buatkan anda bahagia & hidup lebih mewah..
Apabila kurang kawan, anda tak perlu fikirkan tentang diri mereka sahaja dan tak perlu takut jika kehilangan mereka. Kawan sebenar akan sentiasa ada ketika senang atau susah.
Percaya tak jika kami katakan, kurang kawan buatkan anda lebih kaya? Setiap kali anda keluar bersama kawan, berapa banyak yang anda belanjakan?
Daripada anda belanjakan bersama kawan setiap hari, bukankah lebih baik jika anda menyimpan. Tanpa sedar, boleh jadi kaya.
loading...
Ciri-ciri kawan yang anda perlu jauhi
1. Iri hati
Dia seorang yang dengki dan tidak boleh tengok anda lebih daripadanya sama ada dari segi harta benda dan sebagainya. Dia akan berusaha supaya dia nampak 'lebih' daripada anda contohnya bila anda pakai gelang emas baharu. Tidak lama kemudian dia juga akan membeli gelang emas yang lebih besar berbanding anda.
2. Selalu mencari kesalahan rakan sendiri
Rakan 'palsu' akan selalu mencari kesilapan dan cuba menyaingi anda dalam semua perkara. Kenapa? sebab dia merasakan dirinya sahaja yang betul dan tepat dari segi perbuatan, percakapan dan sebagainya.
3. Ego
Seorang kawan palsu sentiasa menunjukkan ego yang tinggi dan dia tidak akan sekali-kali mengalah. Walaupun menyedari kesilapannya, dia tidak akan meminta maaf atau mengaku silapnya sendiri. Malah dia akan tetap mempertahankannya.
4. Menghilangkan diri saat diperlukan
Seboleh-bolehnya dia akan mengelakkan diri daripada membantu anda. Pelbagai alasan akan diberi. Mungkin sekali boleh diterima tetapi jika berpuluh kali, abaikan sahabat demikian.
5. Berbohong
Kawan jenis ini kerap berbohong untuk menutup kekurangan dirinya. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengaku kalah. Bila bercerita dia punya segala-galanya dari segi kekayaan, kecantikan dan lain-lain.
6. Suka menunjuk kelebihan sendiri
Dia gemar berlebih-lebihan dan menunjuk-nunjuk apa yang dimilikinya untuk mendapat perhatian anda. Bahkan dia akan berbohong untuk menyenangkan hati anda.
7. Pengkhianat
Ciri ini paling berbahaya kerana dia jenis bermuka-muka. Elakkan berkongsi segala masalah peribadi kepadanya, kawan jenis ini akan bercerita keburukan anda kepada orang lain dan begitu juga sebaliknya. Dia juga bukan seorang yang jujur dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsia. Hati-hati ya!
Jadi, jangan terlalu percaya kepada kawan anda yang mempunyai ciri-ciri ini ya. Nanti anda sendiri yang sakit hati!
Sehinggit | Segalanya di Sini
Post a Comment