Kejam dan tidak berperikemanusiaan, hari ini dilaporkan seorang wanita yang merupakan guru sedang sarat mengandung telah ditikam oleh suaminya sendiri.
Isteri Hamil Ditikam Suami Pandu Sendiri Kereta Pergi Hospital, Selamat Melahirkan Anak |
Kejadian yang berlaku di Putrajaya kira-kira pukul 9.50, mengakibatkan guru berusia 35 tahun mengalami kecederaan di di jari kiri, lengan kanan, dua kesan hirisan di perut dan luka di belakang kanan badan.
ARTIKEL MENARIK: Remaja Maut Dirempuh & Digilis Pemandu Bas Dibawah Pengaruh Dadah & Tiada Lesen Memandu
Pandu kereta sendiri pergi hospital, nak bersalin
Lebih memilukan, walaupun dalam keadaan parah guru tersebut masih cekal memandu sendiri kenderaannya ke Hospital Putrajaya dari rumahnya di Presint 9.
Bimbang perutnya sakit selepas ditikam, guru itu segera dirujuk ke Jabatan Obstetric dan Ginekologi serta Ortopedik dan dimaklumkan bayinya selamat dilahirkan menerusi pembedahan.
“Mangsa berjaya melahirkan bayi lelakinya menerusi pembedanan. Keadaan mangsa dan anaknya stabil…”
loading...
Suami berjaya ditahan di rumah…
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, suami mangsa yang merupakan seorang jurutera telah berjaya ditangkap di rumahnya.
Turut ditemui pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, suspek berusia 39 tahun, dibawa ke balai dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Sumber : Harian Metro via https://www.ohmymedia.cc/ via Sehinggit | Segalanya di Sini
Post a Comment