Taman permainan kanak-kanak sepatutnya menjadi tempat yang menyeronokkan tetapi tidak di taman permainan di Kampung Melayu Kluang ini yang telah menyebabkan seorang kanak-kanak lelaki cedera parah.
'Ifra Mikayla kuat ye sayang, mama akan lawan kes ini untuk Kayla ye' - Budak parah di dahi akibat ditimpa Double Pendulum |
Safika Sahri, memuat naik gambar-gambar anaknya cedera di bahagian kepala akibat ditimpa alat senaman yang disediakan di taman itu.
ARTIKEL MENARIK:(Video) 'Ok saya tak ada bagi signal la, saya salah tapi you...' - Pemandu Audi JMG330 ditahan kerana buli wanita hamil
"Mohon doakan anak saya tak ada apa-apa yang serius. Benda terlalu cepat berlaku di tempat kejadian. Allah, atas kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab, inilah yang terjadi pada tubuh si kecil.
"Ifra Mikayla kuat ye sayang, InshaAllah mama akan lawan kes ini untuk Kayla ye.
loading...
"Untuk peringatan semua, berhati-hatilah jika bawa anak-anak ke tempat macam ni. Jangan leka walaupun sesaat sebab nanti kita yang menyesal. Biar anak menangis, jangan kita yang menangis," katanya.
Berdasarkan gambar, mangsa mengalami luka parah di bahagian dahi.
Semoga mangsa cepat sembuh dan ibu bapa di luar sana, berhati-hati ketika membawa anak-anak bermain di taman permainan. Periksa dahulu tempat bermain bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Sumber: Safika Sahri via The Reporter
Post a Comment