Seorang wanita hamil berusia 39 tahun di China meninggal dunia selepas pihak hospital enggan menerimanya masuk ke hospital itu kerana kekurangan katil.
Ibu hamil mati kerana hospital enggan terima kemasukkannya dengan alasan tak cukup katil |
Terdahulu, si suami membawa isterinya ke hospital tersebut pada pagi 30 Oktober kerana muka isterinya bengkak. Setelah diperiksa, doktor memaklumkan si ibu perlu ditahan tanpa menyatakan sebab-sebabnya.
ARTIKEL MENARIK: (Video) Gadis maut dirempuh kereta ketika bergaduh dengan teman lelakinya di tengah jalan
Namun, pihak hospital memaklumkan mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mmpunyai katil yang mencukupi dan meminta si ibu pergi mencari hospital yang lain.
Memandangkan si ibu kerap melakukan pemeriksaan rutinnya di hospital itu, dia dan suami mengambil keputusan untuk menunggu dengan harapan doktor akan mengubah fikiran mereka.
Pada jam 1 tengah hari, pasangan itu tidak mahu lagi menunggu dan pulang ke rumah. Ketika dalam perjalanan, air ketuban si ibu pecah dan mereka segera kembali ke hospital itu tadi.
loading...
Si ibu yang mengalami pendarahan diletakkan di atas kerusi roda. Namun, tiada doktor yang mahu datang membantunya. Hanya selepas 30 minit kemudian, salah seorang doktor datang membantu dan dia dibawa ke bilik pembedahan pada jam 2 petang untuk menjalani kelahiran secara pembedahan (Caesarean).
Doktor berkata, bayi dalam kandungan mengalami jangkitan dan kesukaran untuk bernafas.
Si ibu dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan suaminya dimaklumkan bahawa isteri dia perlu dipantau kerana mempunyai darah tinggi dan mengalami pendarahan di rahim.
Dalam tempoh enam hari berlalu, ahli keluarga pula tidak dibenarkan untuk melihat bayi yang baru dilahirkan itu, dan hospital meminta si suami membayar kos perubatan dan rawatan.
5 November, si ibu disahkan meninggal dunia dan mayatnya dikebumikan pada 7 November. Sehingga ke hari ini, pihak hospital masih tidak memaklumkan kepada ahli keluarga punca kematian si ibu.
Ahli keluarga mangsa mendakwa, pihak hospital sengaja menangguhkan rawatan menjadi punca sebenar kematian si ibu. Namun pihak hospital masih membisu dan tidak mengendahkan dakwaan itu.
Pihak polis kini sedang menyiasat kes itu dan akan memaklumkan keputusan siasatan secepat mungkin.
Sumber: China Press, World of Buzz via The Reporter
Post a Comment