'Dah sampai Incheon, tapi Imigresen halau balik Malaysia' - Hanya kerana tak tahu nombor bas pergi ke Nami Island

'Dah sampai Incheon, tapi Imigresen halau balik Malaysia' - Hanya kerana tak tahu nombor bas pergi ke Nami Island

Seronok apabila berpeluang melancong ke negara orang bagi merasai pengalaman dan melihat budaya dan peradaban mereka.

'Dah sampai Incheon, tapi Imigresen halau balik Malaysia' - Hanya kerana tak tahu nombor bas pergi ke Nami Island
'Dah sampai Incheon, tapi Imigresen halau balik Malaysia' - Hanya kerana tak tahu nombor bas pergi ke Nami Island

Untuk itu, adalah penting untuk kita bersedia dan memastikan perjalanan itu lengkap dengan dokumen dan perkara-perkara yang sepatutnya.

ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Fuh! Nasib baik!' - 2 budak tercampak keluar dari kereta


Namun, nasib tidak menyebelahi dua pelancong Malaysia yang mahu berkunjung ke Korea Selatan ini di mana mereka 'dihalau' dan diarahkan pulang ke Malaysia oleh pihak Imigresen hanya kerana tidak tahu nombor bas yang akan dinaiki ke Nami Island. 

Ya, mata anda tidak silap. Mereka dihalau kerana tidak tahu nombor bas ke Nami Island. 

"Terima kasih Korea. Dapat pengalaman yang amat pedih. Dah sampai Incheon, tapi Imigresen halau balik Malaysia. RM2,500 lesap," kata Pudin Bge. 

2.jpg

Menurut Pudin lagi, dia dan kenalannya sebelum itu mampu menjawab semua soalan yang diajukan oleh pegawai imigresen. 

"Semua soalan kami berdua boleh jawab. Satu soalan saja tak boleh jawab. Dia tanya bas nombor berapa nak pergi ke Nami Island esok? Balik naik ferry, naik bus pula nombor berapa nak balik ke hotel. 

loading...

"Adakah logik soalannya? Kami berdua tak pernah datang Korea. Nombor bas pun tak tahu," jelas Pudin. 

3.jpg

Menceritakan secara terperinci, Pudin berkata, mereka tiba di Lapangan Terbang Incheon pada jam 8.30 pagi dan terus pergi ke Imigresen. 

"Kami bertiga beratur di lane ke-5, tiba-tiba lane ke-6 dan ke-7 dibuka dan terus panggil kami berdua. Mungkin pegawai itu curios dengan kami berdua. 

"Dia terus ambil pasport dan tanya datang dengan siapa, nak pergi mana bla.. bla.. bla. Selepas itu dia tanya return tiket dan intenari. 

"Silapnya di sini, semua return tiket dan intenari ada dalam phone. Nak tunjuk pada pegawai, pegawai dia dah tak layan," katanya. 

4.jpg

Justeru kata Pudin, perkara itu menjadi pengajaran buat mereka dan berharap ianya turut menjadi pengajaran buat mereka yang teringin atau bakal pergi ke Korea. 

"Jadi pengajarannya, sediakan semua dokumen cukup lengkap dan berpakaian kemas. Rambut biar kemas bagi lelaki. Jangan bagi officer itu syak bukan-bukan. Tapi hairan juga, sebab kami berdua berpakaian kemas je. Mungkin tak ada rezeki kot nak kenal tempat orang," katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah menghadapi situasi yang sama. Tidak kurang juga berkongsi nasihat untuk membuat 'research' bagi mengetahui segala maklumat yang berkaitan ketika melancong di negara itu.

5.jpg

Pokoknya, buatlah persediaan sebelum berlepas ke negara orang. 

Sumber: Pemburu Tiket Murah via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post