Cemarkan maruah keluarga, bapa renjat & kelar leher anak perempuannya jalin hubungan dengan anak jiran

Cemarkan maruah keluarga, bapa renjat & kelar leher anak perempuannya jalin hubungan dengan anak jiran

Seorang wanita berusia 22 tahun dibunuh dengan kejam oleh bapanya di Ferozabad, Uttar Pradesh, India.

Cemarkan maruah keluarga, bapa renjat & kelar leher anak perempuannya jalin hubungan dengan anak jiran
Cemarkan maruah keluarga, bapa renjat & kelar leher anak perempuannya jalin hubungan dengan anak jiran

Kejadian itu berlaku pada Ahad lalu ketika mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berada di rumah dengan bapanya, sementara ahli keluarga yang lain berada di Gurugram.

ARTIKEL MENARIK: Isteri hidap kanser tembak suami kerana enggan mangsa bersama wanita lain selepas kematiannya, sebelum bunuh diri


Suspek, Harivansh Kumar, mengaku membunuh anaknya dan ketika disoal siasat, suspek menceritakan dia terlebih dahulu merenjat mangsa sebelum mengelar lehernya dengan pisau.

Senjata yang digunakan suspek turut dirampas.

Difahamkan, suspek tidak merestui hubungan anaknya, Pooja, dengan anak jirannya, Gajendra.

Jurucakap polis Girish Chandra Gautam berkata, suspek berkemungkinan ternampak mangsa bercakap dengan teman lelakinya di luar rumah pada lewat malam. Apabila mangsa kembali ke biliknya, suspek menangkap dan merenjatnya sebelum mengelar lehernya dengan pisau.

loading...


"Suspek bunuh mangsa demi menjaga maruah keluarga. Dia dikatakan kurang senang mangsa menjalinkan hubungan dengan anak jirannya." katanya. 

Selepas kejadian itu, suspek menghubungi polis dan memaklumkan perbuatannya itu, lalu ditahan untuk siasatan lanjut. 

Polis kini sedang menunggu laporan bedah siasat. 

Sumber: Gulf News via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post