Bapa 3 anak dicekup lacurkan isterinya sendiri di hotel di Kuala Terengganu

Bapa 3 anak dicekup lacurkan isterinya sendiri di hotel di Kuala Terengganu

Bapa ayam (muncikari) berdepan dengan pertuduhan melacurkan isterinya sendiri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, hari ini.

Bapa 3 anak dicekup lacurkan isterinya sendiri di hotel di Kuala Terengganu
Bapa 3 anak dicekup lacurkan isterinya sendiri di hotel di Kuala Terengganu

Lelaki berusia 33 tahun itu yang juga bapa kepada tiga anak membuat pengakuan tidak bersalah di atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail.

ARTIKEL MENARIK: Baru keluar penjara Jun lalu, pengasuh sumbat cili hijau ke dalam mulut budak sehingga mati dipenjara semula 10 tahun


Tertuduh berdepan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 didakwa atas pertuduhan muncikari atau menjadi orang tengah terhadap perlakuan sumbang antara isterinya dengan lelaki lain di sebuah bilik hotel di bandar raya ini pada jam 8.40 malam 24 Julai lalu.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 27 enakmen sama kerana melacurkan isterinya di lokasi, waktu dan hari sama.

Sementara itu, isterinya yang berusia 32 tahun itu juga didakwa mengikut Seksyen 25 enakmen sama iaitu persediaan untuk melacurkan diri di lokasi, waktu dan hari sama.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh berdepan dengan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau tidak lebih enam sebatan atau mana-mana kombinasi hukuman itu jika sabit kesalahan.

loading...

Hakim kemudian menetapkan 19 Januari 2020 untuk sebatan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam syarie, Fazru Anuar Yusof.

Tertuduh lelaki dibenarkan diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, manakala isterinya diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat kedua-dua penjamin adalah individu berbeza.

Terdahulu, media melaporkan sepasang suami isteri yang terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) pada jam 8.40 malam 28 Julai 2019 di sebuah hotel.

Pasangan itu dipercayai mempromosikan 'perniagaan' mereka melalui aplikasi WeChat untuk mencari pelanggan.

Sumber: Harian Metro via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post