4 Bulan Duduk Hospital Mak Datang Sekali Untuk Selfie, Bapak Datang Sekali Tanya Dah Berak Ke Belum. Pakcik Sendiri Minta RM60 Kalau Nak Suruh Datang

4 Bulan Duduk Hospital Mak Datang Sekali Untuk Selfie, Bapak Datang Sekali Tanya Dah Berak Ke Belum. Pakcik Sendiri Minta RM60 Kalau Nak Suruh Datang

Anak merupakan amanah paling berharga yang telah dikurniakan Allah SWT. Tidak semua diberikan rezeki menimang cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.

4 Bulan Duduk Hospital Mak Datang Sekali Untuk Selfie, Bapak Datang Sekali Tanya Dah Berak Ke Belum. Pakcik Sendiri Minta RM60 Kalau Nak Suruh Datang
4 Bulan Duduk Hospital Mak Datang Sekali Untuk Selfie, Bapak Datang Sekali Tanya Dah Berak Ke Belum. Pakcik Sendiri Minta RM60 Kalau Nak Suruh Datang

Namun lain pula kisahnya apabila seorang anak ditinggalkan ibu bapa di rumah kebajikan dengan alasan tidak mampu menjaga. Apa yang menyedihkan ibu bapa hanya datang melawat anak 2 kali sepanjang 4 bulan dimasukkan ke hospital.

ARTIKEL MENARIK: “Eh B0d0hnya Mak Bapak Macam Ni…” – Fizi Ali Di Hent4am Cara Jaga Aank, Rupa Nya Ini Yang Terjadi


PEKERJA KEBAJIKAN YANG JADI MACAM KELUARGA

najib-kebajikan-masyarakat.jpg


Nak share kisah pesakit katil sebelah. Kalau kita rasa keadaan kita paling sedih, ingat lah ada lagi hidup yang lagi sedih. Nama budak ni Najib. Pada awal nya kita ingat dia anak India sebab malam pertama yang jaga dia aci India. Pastu esok malam tengok Uncle Chinese pulak.

Eh aku dah heran..budak ni chindian ke.. Okay lah, diam lagi. Kadang bukan kita sombong tapi ada orang tak suka cerita kisah dorang. Fine lah.. wa lek wa peace lagi… Tiba-tiba, hari ke 3 incess tutup keliling langsir sebab masa melawat doktor sarankan tutup katil dia sebab tak nak kena infection dari pelawat-pelawat sebelum operation. Tengah duduk-duduk dengar orang mengaji dekat katil sebelah. Selak la langsir, ada pak haji mengaji kat tepi telinga Najib.

Masa ni otak 1 Malaysia aku pun da start confuse. Maka dengan itu, aku keluar la duduk depan katil. Masa ni aci India yang jaga tapi bukan aci kelmarin. Aci lain… lepas habisnya pak haji tu ngaji kan baru lah tahu kisah sebenar dia. Oh NAJIB rupanya… selama ni dengar macam RANJIT tu yang dok pikir anak aci tu!

Kronologi cerita :

Najib anak yang masih ada ibu bapa tapi di hantar ke rumah kebajikan. Ibu bapa Najib tak boleh terima keadaan Najib sakit macamni. Dulu Najib normal, sekarang tak tahu kenapa makin lama dia makin sakit sampai sekarang mata dia dah separa buta. Tak boleh bangun tak boleh jalan tak boleh cakap tak boleh semua. Mampu baring macam incess je.

Rupanya Najib dah 4 bulan lebih kat hospital ni.. Dia dah masuk banyak hospital termasuk private hospital semua di tanggung kebajikan masyarakat. Baru lah aku paham yang datang jaga bertukar orang tu rupanya pekerja kebajikan. Mak bapak Najib mana?

loading...

Ibu bapa datang lawat 2 kali sahaja. Jauh Sangat Ke?

blur.jpg

(Sekadar gambar hiasan)

Ada. Duduk dekat je dari hospital ni. Tapi selama 4 bulan kat sini, berapa kali mak bapak dia datang? 2. Yer! 2 kali je. Sekali mak dia datang untuk selfie dengan amek gambar je. Sekali lagi bapak dia tanya dah berak? Dah kencing? Dah susu? Dah makan? Tanya kat penjaga pekerja kebajikan tu. Pastu balik!

Rumah kebajikan cuba cari waris lain selain mak bapa Najib, ada sorang. 

Pakcik dia. Bila contact pakcik dia untuk tanggungjawab jaga Najib kat hospital sebab kaki tangan rumah kebajikan tak ramai, pakcik dia jawab apa? Kalau sehari RM60 boleh lah. Seriously? Camtu korang layan anak syurga ni? Haii lah manusia

Sekarang shift aci tadi dah habis, dia pun balik… Najib tinggal sorang dan aku mampu tengok kan aja, sian awak Najib. Sampai hati mak ayah awak buat macam ni. Sekurang-kurangnya incess akak ni mak dia tak nak, ayah akak dengan adik beradik lain sayang incess. Tapi awak? Allahu… Anak-anak yang sihat semua mak ayah awak jaga. Anak-anak yg sakit dia hantar rumah kebajikan. Bukan ke patutnya yang sakit perlukan sokong keluarga lebih dari yang sihat?

Sumber cerita : kita dapat dari aci penjaga Najib. Sekian cerita untuk munasabah diri

Sumber : Ayu Jailani

Kredit: OH BULAN via Berita Steady Media

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post