Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera parah selepas terjatuh buaian di sebuah funfair di Perancis.
Wanita maut tercampak dari buaian funfair |
Mangsa berusia 24 tahun meninggal dunia selepas buaian mereka yang berada di ketinggian 15 meter 'tercabut dan tercampak ke tanah.
ARTIKEL MENARIK: (Video) Terlalu rindu, anak gali semula kubur ibu & bawa pulang ke rumah
Kenderaan pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian tidak beberapa lama kemudian, malangnya mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.
Mangsa kedua berusia 20 tahun dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah dalam kejadian yan gberlaku pada malam Isnin. Keadaannya kini sangat kritikal.
loading...
Menurut saksi, angin bertiup kuat pada hari kejadian yang mungkin menjejaskan permainan buaian tersebut.
Polis sedang menyiasat punca sebenar kejadian dan empat suspek termasuk pemilik dan pengendali permainan itu ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Independent via The Reporter
Post a Comment