Syed Mokhtar Al-Bukhary beli Utusan Malaysia

Syed Mokhtar Al-Bukhary beli Utusan Malaysia

Media Utusan Malaysia yang dilaporkan berhenti beroperasi minggu lalu bakal bernafas semula selepas dibeli oleh jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Syed Mokhtar Al-Bukhary beli Utusan Malaysia
Syed Mokhtar Al-Bukhary beli Utusan Malaysia

Lapor Berita Harian Singapura, langkah itu bagi memastikan akhbar tertua Malaysia itu terus kekal beroperasi.

ARTIKEL MENARIK: Kepala dua mangsa bunuh & dikerat 8 ditemui atas siling rumah


Pelaburan ini dilihat sebagai langkah sokongan Tan Sri Mokhtar bagi memastikan sektor pengiklanan, pengedaran serta percetakan Utusan Malaysia dapat terus kekal.

Anak syarikat Utusan Melayu (M) Berhad (UTUSAN), Dilof Sdn Bhd (Dilof) telah dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd.

Penukaran nama itu dilakukan selepas Utusan Melayu menjual sebanyak 70 peratus kepentingan Dilof kepada Aurora Mulia Sdn Bhd (Aurora Mulia).

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, Utusan Malaysia akan diteruskan oleh syarikat baru itu.

"Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat," katanya.

loading...

Aurora Mulia Sdn Bhd adalah sebuah firma yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, telah memperoleh kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof iaitu syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan.

Bagaimapun, pengambilalihan Syed Mokhtar adalah khusus untuk lesen Utusan Malaysia dan bukannya mengambil alih kumpulan Utusan Melayu secara keseluruhan.

Tidak banyak yang dikethaui mengenai Aurora Mulia. Namun, anak Syed Mokhtar, iaitu Syed Danial, merupakan antara pengarah syarikat itu.

Secara tidak rasmi, Syed Mokhtar kelihatan sedang menjadi pemilik aset media terbesar di Malaysia. Beliau dipercayai pemilik TMR Media Sdn Bhd yang menerbitkan akhbar perniagaan The Malaysian Reserve.

Sepanjang tahun lepas juga, Aurora Mulia secara agresif menambah pegangan sahamnya dalam Media Prima Bhd dengan pegangan saham sebanyak 31.22 peratus.

Media Prima ialah konglomerat media yang menerbitkan akhbar, memiliki empat stesen televisyen dan mengeluarkan kandungan web di banyak platform, selain mempunyai studio produksi dan sebuah syarikat pengiklanan.

9 Oktober lalu, Utusan telah memulakan pembubaran secara sukarela selepas tidak mampu membayar hutang, serta membayar gaji pekerjanya selama beberapa bulan.

Sumber: Berita Harian Singapura via The Reporter


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post