KELUARGA Mohd Faizul Rahimi hanya mampu reda selepas pemuda itu yang terlantar sakit selama 14 tahun, dijemput Ilahi.
Pemuda Dijemput Ilahi Selepas 14 Tahun Menderita, Meninggal Dunia Di Sisi Ibunya |
Mohd Faizul meninggal dunia di sisi ibunya, Siti Eshah Mahamood, 60, pada 10 pagi Sabtu lalu ketika dirawat di zon merah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu.
ARTIKEL MENARIK: Budak 12 tahun hamil kerana dirogol teman lelaki ibunya
Kembarnya, Mohd Faizal, 32, berkata, mereka sekeluarga menerima pemergian itu dengan tenang berikutan arwah sudah lama menderita.
“Sudah terlalu lama arwah adik (Mohd Faizul) menanggung derita sejak kemalangan itu berlaku.
“Kami terima semua ini dan reda,” katanya yang memberitahu Mohd Faizul mengalami kemalangan di Kuching, Sarawak pada 2006 yang menyebabkan dia terlantar sakit dalam tempoh lama.
loading...
Disebabkan itu, kedua kakinya berkuping dan bertukar hitam dalam tempoh sebulan.
Menurut Mohd Faizal, sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, dia demam selama beberapa hari sehinggalah mengalami sesak nafas pada 12 tengah malam Sabtu.
“Bimbang melihat keadaannya, kami segera ke hospital dan melalui ujian X-ray doktor mengesan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru arwah,” katanya.
Jenazah Mohd Faizul selamat dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Tok Panjang, Kota Bharu.
Sumber: Harian Metro via Sehinggit | Segalanya di Sini
Post a Comment