"Mak, tolong saya!' - Mangsa menjerit, namun lelaki pedo ini tetap merogolnya biarpun ibu mangsa berada di luar pintu

"Mak, tolong saya!' - Mangsa menjerit, namun lelaki pedo ini tetap merogolnya biarpun ibu mangsa berada di luar pintu

Lelaki pedofilia yang merogol kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di tandas sebuah restoran, Pretoria, Afrika Selatan, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

"Mak, tolong saya!' - Mangsa menjerit, namun lelaki pedo ini tetap merogolnya biarpun ibu mangsa berada di luar pintu
"Mak, tolong saya!' - Mangsa menjerit, namun lelaki pedo ini tetap merogolnya biarpun ibu mangsa berada di luar pintu

Nicholas Ninow, 21, didakwa menculik mangsa di tandas dan merogolnya tanpa belas kasihan.

ARTIKEL MENARIK: Dua kanak-kanak dibelasah sampai mati kerana buang air besar di tempat terbuka


Menurut ibu mangsa, pada hari kejadian dia dapat mendengar anaknya menjerit "mak tolong saya!" ketika Ninow menyerangnya.

"Kami cuba menolak pintu tandas dengan kuat, tetapi orang dia dalam pula bertanya, "Apa yang kamu nak? Jangan ganggu saya!"," kata ibu mangsa.

Ketika itu, ibu mangsa dan beberapa kakitangan restoran cuba membuka pintu itu tetapi dihalang oleh Ninow. Apabila mereka berjaya membuka pintu itu, mereka mendapati lelaki itu tidak berpakaian dan begitu juga dengan mangsa.

Difahamkan, Ninow telah memerhatikan mangsa bermain di kawasan permainan kanak-kanak sebelum mengekorinya ke tandas.

Sekumpulan orang awam berang dengan kejadian itu cuba menyerang Ninow, namun dihalang oleh kakitangan restoran yang terpaksa menguncinya di dalam tandas sehingga polis tiba di tempat kejadian.


loading...

Dalam perbicaraan, suspek cuba berdolak-dalih kononnya pada waktu kejadian dia di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Peguam belanya juga mengatakan Ninow mempunyai sejarah kesihatan mental termasuk bipolar disorder dan juga depresi yang mempengaruhinya membuat keputusan yang salah pada waktu itu.

Saksi juga mengakui suspek kelihatan tidak waras dan mabuk.

Bagaimanapun, laporan psikiatri mendedahkan Ninow layak untuk dibicarakan.

"Padak etika jenayah dilakukan, tertuduh tidak mengalami masalah mental atau kecacatan intelektual yang mempengaruhi keupayaannya untuk membezakan antara sifat yang baik atau saah dari perbuatannya."

Sementara itu, Penjara Kgosi Mampuru mempunyai sejarah yang menakutkan ketika era apartheid di mana banduan yang tidak patuh akan dirogol dan dijangkiti dengan HIV.

Sumber: Daily Mail via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post