Nampaknya semenjak ibu kepada Haneesya Hanee, Nor Sakuraneeda membuat kenyataan terbuka berkenaan dengan laporan polis, hinaan demi hinaan dilemparkan kepada mereka sekeluarga.
“Laporan kami buat bukan pasal kulit gelap” – Tak Tahan Sebak Dihina, Ibu Haneesya Perjelas Tujuan Laporan Polis Dibuat |
Ramai yang mengingatkan bahawa ibunya membuat laporan Haneesya Hanee dibuat berikutan dengan isu kulit gelap yang di pertahankan sebelum ini. Susulan itu, Nor Sakuraneeda sekali lagi memberikan kenyataan terbuka kepada umum.
We did a video before but maybe yall too dumb to understand till we hv to elaborate. To everyone who’s gonna watch this, tengok sampai habis Jgn terus nk comment. Like I said before don’t believe what bloggers write they fool for u too make sins.”
Menerusi Twitter Haneesya Hanee, ibunya terkilan kepada individu yang teruskan hinaan kepada mereka sekeluarga. Dalam video tersebut, ibunya menjelaskan bahawa ramai yang menyalah tafsirkan tujuan ibunya buat laporan polis.
Katanya lagi, tujuannya melakukan perkara sedemikian adalah hinaan yang dilemparkan itu telah melampaui batas sensitiviti agama, malah maruah mereka sekeluarga.
Tambah ibunya lagi, dia tak kisah kalau warganet hina kulit Haneesya gelap, ini berikutan dengan kecaman demi kecaman yang mereka terima akibat disalah tafsirkan.
Tak dapat menahan sebak, ibunya koyakkan laporan tersebut dan redha dengan hinaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada kepada mereka sekeluarga.
Korang tonton video ni..
Biarpun pasrah menerima cacian daripada warganet yang menghina tempat tinggal mereka sekeluarga, Nor Sakuraneeda menjemput peminat yang menyokong anaknya untuk mengadakan majlis doa selamat dan kempen anti buli siber.
loading...
Terdahulu Nor Sakuraneeda ada membuat laporan polis berikutan dengan hinaan anaknya yang disamakan dengan Hajarul Aswad dan tempat tinggal mereka.
Individu yang telah membuat kenyataan tersebut telah memohon maaf secara terbuka, dan Haneesya dikatakan sudah memadam video tersebut melalui Twitternya.
Post a Comment