Sejak semalam, nama seorang selebriti lelaki menjadi perhatian warganet ekoran tindakan memegang bayi perempuannya dengan keadaan berdiri di atas tapak tangan.
Dr Amalina akhirnya sound “peedas” mengenai anak berdiri atas tangan |
Walaupun terdapat segelintir warganet yang mengagumi aksi tersebut, namun tidak kurang juga yang menyarankan agar aksi seperti itu tidak dilakukan.
ARTIKEL MENARIK: Terjadi Musibah Ketika MK Buat Persembahan Dan Mengakibatkan Peminat Perempuan Ini Terceder4,Tindakan MK Sangat Tak Diduga Dan Dipuji Netizen
Ekoran perkara itu, Dr Amalina juga turut memberikan pandangan dan saranan kepada orang ramai agar tidak melakukan perkara begitu. Walaupun perkongsiannya itu tidak ditujukan kepada pihak tertentu, namun saranan yang diberikan perlulah diambil perhatian oleh semua orang.
Please DO NOT do this at home!
Berkongsikan gambar daripada Public Health Malaysia, Dr Amalina memberikan pesanan ringkas agar orang ramai tidak melakukan aksi sedemikian di rumah. Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Dr Amalina, aksi membiarkan bayi berdiri di atas tapak tangan boleh mendatangkan pelbagai kesan buruk iaitu seperti risiko terjatuh dengan kelukaan kepala dan patah tulang.
Selain itu, bayi juga terdedah kepada risiko tulang kaki membengkok kerana otot kaki masih belum kuat dan tekanan berat badan yang boleh beri kesan kepada tulang bayi. Rata-rata warganet juga bersetuju dengan saranan yang diberikan oleh Dr.Amalina dan ada juga yang menyarankan agar ibu bapa tidak mengikuti trend semasa sekiranya terdedah kepada bahaaya.
Komen Warganet:
Sumber: Siakap Keli
Hairul Azreen terus berlakon walaupun kelukaan.
WALAUPUN dinasihatkan doktor supaya berehat selama lapan minggu akibat ligamen kaki kanan terkoyak, pelakon Hairul Azreen tetap mahu meneruskan penggambaran kerana tidak mahu menyusahkan pihak produksi filem.
Hairul yang mengalami kelukaan itu ketika menjalani penggambaran filem Wira baru-baru ini, berkata, walaupun agak sukar untuk berjalan tetapi dia tetap mahu teruskan hingga dia puas hati. “Pengarah, Adrian pun suruh saya berehat, tapi saya tak mahu menyusahkan mereka (produksi).
Lagipun, jika saya berehat lama kemudian cuba memaksa diri melakukan semula babak yang masih berbaki pasti akan kembali sakit. Lagipun kelukaan ini makin pulih dan saya yakin mampu meneruskan penggambaran,” kata pelakon filem Paskal itu.
loading...
Hairul mengalami kelukaan itu ketika melakukan aksi terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan dalam filem terbaru lakonannya berjudul Wira. Menurut Hairul, isterinya Hanis Zalikha menjadi penguat semangat untuk dia terus beraksi walaupun masih mengalami kelukaan.
Dia juga percaya isterinya amat mengenali dirinya dan tahu dia seorang yang tidak cepat berputus asa serta tahu menjaga diri.”Antara sebab utama saya kena teruskan juga kerana isteri akan bersalin. Jadi, saya tak mahu terlepas saat itu dengan kembali ke set penggambaran. Malah, ada banyak lagi faktor lain yang turut menyumbang,” katanya yang tetap bersemangat.
Hairul yang memulakan karier sebagai pelakon lagak ngeri berkata, pada awal kejadian itu berlaku, dia hampir patah semangat.Katanya, dua hari pertama selepas kejadian, dia langsung tidak boleh berjalan sekali gus membuatkan dia takut tidak lagi boleh berlakon.
“Namun, selepas dua hari menjalani rawatan di hospital, saya berjumpa dengan pengarah dan beritahu mahu sambung penggambaran. Dua hari selepas masuk set, ada babak pertarungan jadi saya hanya bergantung kepada pil tahan sakit,” katanya.
Hairul berkata, tiga hari selepas melakukan babak itu, dia sudah boleh melakukan aksi berlari dan perlawanan. Ini bukanlah pertama kali Hairul mengalami kelukaan ketika penggambaran. Sebelum ini dia pernah patah tangan ketika menjalani penggambaran filem Paskal tahun lalu.
Dr Nur Amalina jadi trend di media sosial
PELATIH pakar operasi warga Malaysia Dr Nur Amalina Che Bakri kini menjadi trend di media sosial kerana budi baik beliau kepada bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Operasi yang berjaya membuang ketumbuhan 200 gram pada mulut bayi berusia sembilan bulan itu yang dijalankan di sebuah hospital kanak-kanak di London hasil inisiatif beliau, menjadi tular semalam.
Beliau menduduki tempat kelapan antara tweet paling tinggi di Twitter, menerima 44,500 tweet setakat 1 tengah hari. Pengguna Twitter mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada beliau atas kejayaan operasi itu dan bantuan yang dihulurkannya bagi membolehkan Ainul Mardhiah dibawa ke London bersama ibu bapanya untuk menjalani pembedahan itu.
Selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor menerusi akaun Twitternya, @Neelofa menyatakan kesyukuran atas kejayaan operasi itu dan mendoakan agar Ainul Mardhiah cepat sembuh. “Alhamdulillah, berita baik! Semoga cepat sembuh Ainul dan terima kasih kepada pasukan yang hebat dan Dr Nur Amalina atas usaha ini!”
Koresponden TV3 Malaysia di United Kingdom, Haliza Hashim (@HalizaTV3London) menyatakan terima kasih kepada Dr Nur Amalina atas usaha beliau membawa keluarga itu ke London.“Sejak beberapa tahun ini saya menulis banyak cerita mengenai @DrAmalinaBakri.
“Betapa besarnya cabaran untuk membawa bayi #ainulmardhiah ke London. Saya amat berbangga dengan anda, doktor!” katanya menerusi tweet.Pengguna Twitter, @Haziq_Escobar juga menyentuh mengenai operasi itu dan mengucapkan tahniah kepada Dr Nur Amalina atas usaha luar biasa beliau itu.
“Terima kasih kepada Dr Amalina Bakri, bayi Ainul berjaya melalui operasi untuk membuang ketumbuhan itu. Tidak lama lagi mereka akan tahu sama ada ketumbuhan itu sudah tidak aktif lagi atau sebaliknya. Kejayaan hebat buat doktor dan orang ramai yang menghulurkan sumbangan. Mereka benar-benar berhati mulia dan anugerah Tuhan,” katanya.
Pengguna Twitter lain,@princessfazriyn berkata: “Dr Amalina kini menjadi trend.“Wahai rakyat Malaysia, marilah kita meluangkan masa sejenak untuk menghargai pengorbanan beliau daripada tiada apa-apa kepada sesuatu yang amat bermakna buat keluarga Ainul (dan juga kita, rakyat Malaysia). Dr Amalina layak digelar ‘superwoman’.”
Sementara itu, warganet memenuhkan akaun Instagram Dr Nur Amalina dengan ucapan tahniah dan komen baik atas kejayaan operasi itu. Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross menerusi akaun Instagram beliau catrionabrianross) mencatat: “Alhamdulillah…tahniah Dr Amalina & pasukan.”
Pakar Dermatologi Dr Shaaira Nasir memuji Dr Nur Amalina atas kejayaannya menyelamatkan bayi itu.“Usaha yang menakjubkan. Saya tidak sabar-sabar hendak melihat kemajuan dan perkembangan beliau mulai sekarang. Alhamdulillah,” katanya di status Instagram Dr Nur Amalina.
Semalam, bapa Ainul Mardhiah memberitahu menerusi akaun Facebooknya yang Ainul sudah sedar dan dirawat di unit rawatan rapi untuk memastikan keadaannya stabil sebelum dipindahkan ke wad biasa.Hari ini, beliau menghantar video Ainul Mardhiah yang cuba bertindak balas kepada ibunya yang bertutur sesuatu kepadanya.Berita mengenai keadaan kanak-kanak itu tular di media sosial sebelum Dr Nur Amalina menghulurkan bantuan. Malaysia Airlines menyumbangkan tiket penerbangan untuk bayi itu dan ibu bapanya.
Sumber: Mymetro via Sinar Viral Network
Post a Comment