Berang ditegur merokok di sekolah, pelajar tikam gurunya 12 kali sampai mati

Berang ditegur merokok di sekolah, pelajar tikam gurunya 12 kali sampai mati

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun berang dimarahi gurunya kerana merokok di kawasan sekolah dalam kejadian di Manado, Indonesia.

Berang ditegur merokok di sekolah, pelajar tikam gurunya 12 kali sampai mati
Berang ditegur merokok di sekolah, pelajar tikam gurunya 12 kali sampai mati

Suspek kemudian pulang ke rumah untuk mengambil pisau dan kembali semula ke sekolah lalu menikam gurunya sehingga mati.

ARTIKEL MENARIK: 16 orang dijatuhkan hukuman mati selepas bakar remaja perempuan yang mendakwa diserang secara seksual oleh pengetua sekolah


Lapor Tribun News, kejadian itu berlaku pada 21 Oktober lalu di SMK Ichthus Manado ketika suspek dan seorang lagi pelajar yang datang lewat ke sekolah didenda untuk menanam pokok bunga di kawasan sekolah. 

Selesai menjalani denda tersebut, dua pelajar itu berehat dan merokok, sedangkan peraturan sekolah menetapkan kawasan sekolah adalah tempat larangan merokok. 

Mereka kemudian didatangi oleh guru agama, Alexander Valentino Werupangkey, 54, menegur perbuatan mereka dan mengarahkan salah seorang daripada mereka pulang ke rumah. 

Suspek pulang ke rumah dan mengambil pisau sebelum kembali ke sekolah untuk membalas dendam. 

loading...

Video rakaman saksi menunjukkan, mangsa yang baru mahu pulang ke rumah dengan menunggang motosikal dihalang oleh suspek yang kemudian menikamnya sebanyak 12 kali sehingga mangsa terjatuh. 

Mangsa sempat bangkit dan meminta bantuan dari para pelajar dan guru berhampiran. Suspek pula terus melarikan selepas menyedari kehadiran beberapa individu di kawasan kejadian. 

Mangsa dikejarkan ke hospital, malangnya sudah terlambat dan disahkan meninggal dunia akibat kesan tikaman. 

Suspek berjaya ditahan dan didakwa di bawah Akta 340 Kanun Jenayah dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun. 

Sumber: Tribun News via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post