Sudah menjadi satu trend masa kini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menghisap vape atau pod untuk menggantikan rokok.
Anak Kecil Masih "Berlampin" Dengan Selamba Hisap Vape |
Bagi mereka, inisiatif ini ‘lebih selamat’ berbanding rokok disamping mempunyai pelbagai jenis perisa dan bau.
ARTIKEL MENARIK: Graduan Selfie Digantung Sijil, Graduan Biadap Bawa Plakad Ketika Konvo Tak Dikenakan Tindakan
Terbaru, viral satu video menunjukkan seorang anak kecil yang berumur antara 2 hingga 3 tahun dengan selamba menghisap vape.
Masih berlampin, tapi dah hisap pod
Ini merupakan satu kejadian yang menyedihkan.— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) October 18, 2019
Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa? Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka?
Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita...#StopVaping #StopSmoking pic.twitter.com/TdFH5oFkDo
Seorang doktor dan pakar perubatan iaitu Dr. Khairul Hafidz memuat naik video seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun sedang menghisap vape. Namun tiada sesiapa yang melarang dan mengambil tindakan sebaliknya merakam perbuatan anak kecil itu.
Ibu bapa kanak-kanak ini seolah-olah ‘bangga’ akan perbuatan anak kecil tersebut walaupun menyedari perbuatan itu tidak sihat untuk kesihatan apatah lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
loading...
Netizen mengamuk
Ibu bapa yang merosakkan anaknya
Rata-rata netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa tersebut yang membiarkan tindakan anak kecil itu menghisap vape. Mereka juga turut risau dengan keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut.
Post a Comment