“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul” – Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap ‘English’ Tak Betul

“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul” – Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap ‘English’ Tak Betul

Sejak akhir-akhir ni, kecoh di media sosial isu pelakon terkenal Malaysia, Maya Karin menegur masalah pelajar di pedalaman Malaysia yang tak pandai berbahasa Inggeris.

“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul” – Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap ‘English’ Tak Betul
“Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul” – Raja Permaisuri Agong Akui Kalau Cakap ‘English’ Tak Betul

Namun lain pula dengan Raja Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengakui baginda sebenarnya tidak fasih berbahasa Inggeris di Twitter

ARTIKEL MENARIK: “Satu sen tak pernah bagi anak dia” – Rihana Terpaksa Jual Cincin Kahwin RM1 Juta Untuk Bayar Hutang Lahirkan Anak?


“Kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul… saya tidak malu kerana…” 

Menurut Tunku Azizah, baginda mengakui kadangkala Bahasa Malaysia yang digunakannya tidak betul (salah ejaan atau kata) hingga membuatkannya malu.

Namun kalau baginda salah dalam menggunakan Bahasa Inggeris, baginda tidak malu kerana ia bukanlah bahasa ibundanya. Ada betul juga kan?? 
ada masa bahasa malaysia saya kurang betul dan saya malu , tetapi kalau bahasa inggeris saya tdk betul.. sy tdk malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya …. saya anak Melayu !
— azizah iskandar (@cheminahsayang) October 8, 2019

“Semua orang ada buat salah dan silap… Daripada kesilapan tu kita akan improve bahasa kita. Keep Calm Tuanku” 

Posting yang mendapat 13.2K retweet ni mendapat pujian daripada netizen ramai dan kebanyakannya mengakui tuanku tidak perlu takut dalam membuat kesalahan. Biasalah kalau tersasul dan silap grammar tu kan. Boleh improved tu… 


Sumber: Twitter


loading...

“Ampun tuanku. Lepas ayat, kita hanya perlu guna satu titik sahaja…” 

Lebih menarik Tunku Azizah juga menerima kritikan bagi Bahasa Malaysianya dengan tenang dan tak melatah. Waaa kalau kita bukan senang nak terima teguran orang kan?

Sumber: Twitter

Aii menyempat pulak netizen ni nak masuk line ye… hehehe

Apa-apapun min sokong benar dengan apa yang dikatakan Tunku Azizah ini. Tak salah kalau cakap English tak betul. Lama-lama mesti pandai kan?

Kredit : Lobak Merah

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post