2 konstabel polis, 1 anggota tentera ditahan dalam pesta dadah

2 konstabel polis, 1 anggota tentera ditahan dalam pesta dadah

Parti liar di sebuah apartmen di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur diserbu Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pada jam 2.20 pagi Sabtu lalu.

2 konstabel polis, 1 anggota tentera ditahan dalam pesta dadah
2 konstabel polis, 1 anggota tentera ditahan dalam pesta dadah

Serbuan itu membawa kepada penahanan 35 individu termasuk dua konstabel polis dan seorang anggota tentera.

ARTIKEL MENARIK: (Video) “Ser4m..Tak Boleh Nak Bayang Kalau Kaca Tu Jatuh Atas Muka” – Detik-Detik Kek Kaca 19 Kaki Jatuh Berderaii,Dato Alhaalfa Tampil Cerita Hal sebenar,Punca Kek Tu Jatuh…


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, individu yang ditahan itu membabitkan 25 lelaki dan 10 wanita berusia 18 hingga 31 tahun.

Siasatan mendapati, penganjur parti liar itu mengenakan bayaran sekitar RM50 hingga RM100 dalam tawaran yang dilakukan menerusi aplikasi sosial.

Pemeriksaan turut menemui satu paket lutsinar mengandungi empat biji pil ekstasi dan satu pil erimin 5 di atas sofa. Salah seorang lelaki yang ditahan juga memiliki 29 pil ekstasi.


loading...

"Unit apartmen ini disewa salah seorang individu yang menganjur parti liar berkenaan dengan bayaran RM500. Bagaimanapun, dadah ditemui dibawa sendiri suspek yang menyertai parti," katanya.

Semua suspek dan barang dirampas dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Kesi disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.

Sumber: Harian Metro via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post