PENYANYI terkenal Datuk Jamal Abdillah, 60, akui gementar menanti kelahiran anak perempuannya yang dijangka pada 5 Oktober nanti.
“Takut, tak boleh bayang macam mana perut besor tu..’ – Akhirnya Jamal Abdillah dedahkan ini |
Menurut Jamal, dia tidak akan menemani isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, di dewan bersalin kerana takut dengan proses yang bakal dilalui.
ARTIKEL MENARIK: “Isteri Lepas Ni Jangan Dari Kelantan, Walaupun Dah Duduk KL 10 Tahun” – Ini Nasihat Peminat Kepada Sharnaaz Ahmad
“Alhamdulillah, kandungan dah masuk lapan bulan setengah dan isteri berada dalam keadaan sihat. Cuma saya berasa agak gementar nak melalui kembali proses ini.
“Tengok dia berjalan pun kita dah terfikir macam mana sengssara dia nak menghadapi semua ini. Jadi saya dan beritahu isteri dan minta maaf awal-awal.
“Saya kata saya minta maaf kerana tidak dapat menemani dalam bilik bersalin kerana saya takut. Anak-anak saya sebelum ini pun sama juga, saya tidak masuk bilik bersalin.
Sebab utama kenapa
“Bukan takut darrah cuma saya tak boleh bayangkan macam mana perut yang bessar itu nak keluarkan anak,” katanya kepada Gempak.
loading...
Mengulas mengenai isterinya, Jamal memberitahu Zai Izzati tidak mengidam makanan yang pelik-pelik.
“Isteri saya tidak mengidam tetapi saya pula yang alami alahan. Saya mengidam lemang dan rendang sepanjang tempoh dia kehamilan dia.
“Nasib baik lemang dan rendang itu makanan yang senang nak dapat, tidak kiralah siang atau malam,” katanya ketawa.
Terdahulu, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak.
Jamal sebelum ini pernah berkahwin sebanyak tiga kali bersama Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad tetapi berakhir dengan percerraian.
Hasil perkahwinan terdahulu, Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 12.
Sumber : Astroawani via Celoteh Saje
Post a Comment