Selepas bergelar duda, akhirnya Fizo beritahu apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar.

Selepas bergelar duda, akhirnya Fizo beritahu apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar.

Ikatan perkahwinan Fizo dan Mawar yang hanya mampu bertahan selama 6 tahun, berakhir dengan perpisahan. 

Selepas bergelar duda, akhirnya Fizo beritahu apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar.
Selepas bergelar duda, akhirnya Fizo beritahu apa sebenarnya yang berlaku antara dia dengan Mawar.

Fizo yang ditemu ramah oleh melodi memberitahu ramai keluarga, kawan, media dan orang sekeliling, semuanya  terkejut dengan keputusan yang diambil.

ARTIKEL MENARIK: Dah 16 Tahun Kahwin, Tak sangka Dalam ‘Wallet’ Dia Ada Gambar Perempuan Ni


Ini kerana, sebelum ini perkahwinan mereka yang kelihatan tiada apa-apa masalah. Fizo juga memberithau, dia tidak pernah bercerita kepada pihak luar sebarang masalah rumah tangga mereka. Media sebelum ini melaporkan, HILANG keserasian menjadi alasan dan punca rumah tangga pelakon Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim yang dibina selama enam tahun gagal diselamatkan.

Menurut Mawar, 30, mereka sudah cuba memperbaiki rumah tangga itu namun terpaksa mengorbankan kasih sayangnya demi kebahagian bekas suami sekeluarga.“Sudah tentu semua wanita sayangkan rumah tangga dan cuba sedaya upaya untuk selamatkan.

“Enam tahun tempoh perkahwinan ini, saya dan Fizo cuba (perbaiki hubungan) tapi saya redha. Mungkin sampai di sini sahaja saya cari keserasian dengan Fizo serta keluarganya. Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,” kata Mawar kepada mStar.

loading...

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan Wan Maryam. Selain itu Mawar turut menafikan dakwaan kononnya rumah tangga mereka mula retak kerana harta, ego atau kehadiran pihak ketiga. “Saya dah cuba nak selamatkan. Kalau orang nak cakap… ia bukan kerana ego atau harta. Pihak ketiga pun tak ada,” katanya.

Hak penjagaan anak mereka iaitu Wan Maryam yang kini berusia dua tahun diberikan kepada Mawar. Menurut Fizo lagi, keputusan ini adalah hasil persetujuan bersama untuk kebaikan semua orang kalau dah takdir, kita tak boleh ubah. kalu dah takdir kita tak boleh ubah. Kalau kita nk hasil yang positif, tindakan kita kena positif 

Saya dan  mawar tiada sebarang  masalah..

Dalam pada itu, Fizo menganggap apa yang berlaku merupakan permulaan kehidupan dia dan bekas isterinya sebagai pasangan ibu bapa yang berpisah. Menurut Fizo, tiada berlaku pergaduhan antara dia dan Mawar namun ia terjadi disebabkan atas ketentuanNya. “Tiada pertelingkahan atau pergaduhan. Apa yang terjadi sudah ditentukan Allah,” ujarnya.

Isu anak mak

Menurut Fizo, dari dulu lagi dia memang dikenali sebagai anak mak. “Dari dulu saya menjaga mak saya, semenjak pemergian ayah saya”. “Mak saya single mother, dia ada penyait kencing manis, mata dia tak nampak”. “Macam mana mak saya mendidik saya dahulu, macam tulah saya akan mendidik Maryam untuk menjaga Mawar kelak”

“Saya korbankan kasih sayang saya untuk kebahagiaan Fizo sekeluarga,”-Mawar

Mengenai kenyataan Mawar sebelum ini, menurut Fizo, dia agak kurang jelas apa maksud Mawar tersebut. Dia juga percaya yang Mawar seorang wanita yang baik dan tidak akan memburukkan mak mertua dia. Mengenai hak penjagaan anak pula, buat masak sekarang Fizo tidak mahu memikirkan mengenainya lagi.” Saya tidak berhajat untuk flght penjagaan anak, cuma saya mahu hak yang adil dan sama rata

Pesan Fizo Kepada warganet..

Menurut Fizo, tiada isu pergaduhan, tiada keluarga campur tangan dalam urusan dia dengan Mawar. Jesteru itu, dia menyeru kepada warganet diluar sana untuk menghentikan sebarang spekulasi dan tuduhan yang tidak berasas kerana yang menjadi punca ialah mak dia. Menurut Fizo lagi, sedikit sebanyak ia memberi tekanan emosi kepada mak. Fizo juga percaya, dengan perpisahan ini, silaturahim antara mereka berdua akan lebih rapat lagi 

Saat Melafazakan talak.

Menurut Fizo lagi, ketika melafazkan talak, ia suatu saat yang cukup beremosi. Ia merupakan satu momen yang akan dia kenang. “Dengan penuh kasih sayang, saya melafazkan..” Ketika melafazkan talak, dalam hati Fizo, dia menganggap, perkara tersebut bukanlah satu pengakhiran, tapi ia merupkan satu permulaan buat mereka. Berikut temuramah penuh Fizo bersama pihak Melodi 

Allah Beri Saya Ketenangan
Pesan Fizo kepad Netizen
Selepas 4 hari bergelar duda, ini yg terjadi kepada Fizo sekeluarga. Fizo akhirnya menceritakan segala2nya yg berlaku sehingga dia melafaz cerai ..
Posted by Bujang Lapok on Sunday, July 14, 2019
Perkahwinan pasangan itu mula dikatakan berdepan dengan masalah dan menjadi bualan hangat warganet apabila Fizo menyambut Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.Pasangan ini mendapatkan rawatan daripada Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zuriat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Viral Network via TubeViral

Penampilan terbaru Mawar Karim yang mengejutkan dan menarik perhatian ramai.

Sebelum ini Mawar di pernah kecam tentang keluar rumah walaupun Edahnya belum habis. Bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dihujani teguran warganet apabila keluar bersama anaknya, Wan Maryam ke sebuah pusat beli-belah semalam. Hal itu dikatakan warganet kerana Mawar masih dalam tempoh edah.

Foto bersuka-ria Mawar dan Maryam itu terus menerus mendapat respon kurang manis daripada pengguna media sosial. Wargamaya tersentak dengan cerita perpisahan pasangan romantik Fizo dan Mawar sah berpisah talak 1.

Mawar kelihatan sebak dan sedih di hari perpisahannya, walaubagaimanapun Mawar bangkit kembali dan nampak bersemangat dari hari ke hari, terutamanya dalam kerjayanya. Melalui perkongsian postnya di instagram, ramai warganet memberi kata kata semangat kepada Mawar, dan terispirasi dengan penampilannya. Mawar kelihatan lebih tenang, bahagia dan bergaya.

Antara komen-komen yang ditingalkan di entry Mawar:

thesweetnasim61, Allah dah tentu kan jodoh kita tenang tenang dulu pandang baik2 kalau sepi sebuk2 kan diri buat yang terbaik insyallah Allah akan dipermudahkan urusan kita ammin. idah.rahim.503, Luaran sahaja mawar nampak gembira tapi ddalam siapa yg tahu mawar npak loose weight hope mawar tabah dgn setiap ujian yg allah bagi sbb DIA tahu setiap yg d beri kita kuat dan bole melalui nyer dgn tenang kerana DIA selalu ade bersama2 kita d kala kesedihan.

thesweetnasim61,Tak apa tak ada suami . Janji kita kena kuat maju kan perniagaan ke perangkat yang tinggi buat yang terbaik jaga maruah diri kita buat terbaik jaga anak baik baik kita kena kuat maju kehadapan kalau kita dengar cakap 2 orang kita boleh tak waras, buat yang terbaik untuk diri kita sendiri ok.

syariezaas, Teruskan hidup.. Org tak pernah tempuh hidup mcm mawar_karim akan kata yg bukan2..sy pernah rasai..apabila suami lebih mementingkan — kita tahu hukum tp sebagai org tua lah patut lebih fhm situasi anak yg dah bekeluarga.. Bila kasih syg perlu dikongsikan, dan lelaki ni satu sikap ada yg tak pandai buat keputusan. Dia rasa serba salah antara ini dan itu.. Isteri pula perlukan lelaki yg tegas, tp bila lihat suami tu tetap dgn katanya kita yg makan hati.. Makin kita diam makin kita tak kenal diri dia.. Bila bersuara kita yg nampak burruknya.. Apa pun move on dan semoga berjaya.

Sebelum ini, Mawar di temui dalam pengambaran Nona bersama anaknya Maryam. Menurut mawar dia kuat kerana Maryam.“Jangan tunjuk yang negatif depan anak,tunjuk yang positif sahaja jangan down depan anak nanti dia pun turut down” – Mawar. Cerita tentang positif sahaja, tak perlu cerita negatif pesan Mawar
“Saya dan Fizo ada masalah sebelum ini terus terang saya katakan saya tak guna media sosial bercerita tentang masalah rumahtangga cukup saya dan Fizo sahaja yang tahu” – Mawar Karim. Pasaangan itu mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Mawar dan Fizo berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Rabu lalu. Kemelut rumah tangga mereka dihidu orang ramai apabila menyambut Aidilfitri secara berasingan. Perpisahan pasangan ini memang sangat tak disangka serta yang sangat menyentuh hati kita semua. Semoga kedua pihak dapat jalani kehidupan baru dengan aman serta bahagia.

6 Cara Cepat Move On Bila Dilepaskan, Biar Ex Rasa Menyesal Tinggalkan..

Tak ada perempuan yang berkahwin dengan niat nak berpisah. Ya, memang sedih, down, tertekan, malu dan macam-macam lagi perasaan bermain dalam fikiran. Berminggu-minggu, bahkan berbulan-bulan mak-mak akan rasa macam tu. Tapi perlu ke nak terus berada dalam lembah kedukaan? Tak boleh nak move on ke? Ada cara pantas untuk anda cepat-cepat buang rasa sedih akibat perbuatan bekas suami.

Jom Cepat Pulihkan Semangat Bila Dilepaskan..

1. Pasang badan – Jangan terus nak berduka lara. Cantikkan diri kamu. Biar orang nampak anda boleh terima hakikat perpisahan itu. Kalau selekeh, lagi orang mengata. Sebaliknya biar orang kata, “ruginya bekas suami dia tinggal dia dulu…”.

2. Cari kekuatan – Jika ada anak-anak, sentiasa pandang wajah mereka. Ingat, jangan tunjuk anda lemah sebab kesannya pada anak.Seorang wanita mampu jadi ibu yang hebat, yang mampu jaga anak-anak. Tapi seorang ayah, belum tentu seorang anak pun dia mampu jaga. Ada sesetangah ayah, nafkah anak pun buat tak tahu saja.

3. Tuntut hak anak-anak – Jangan baik hati sangat, biar saja bekas suami bersenang lenang lepas berpisah. Semua tanggungjawab di bahu kamu. Tuntut nafkah anak-anak. Tak kisah jika kena turun naik mahkamah berpuluh kali. Kasihan pada anak-anak yang haknya dinafikan.

4. Bersosial – Cari rakan-rakan dan sertai persatuan-persatuan supaya anda dapat berjumpa dengan ramai orang baru. Ini juga akan bantu kamu sibukkan diri dan lupakan kesedihan.

5. Jangan terlalu cepat cari pengganti – Memang sunyi bila kehilangan. Tapi jangan terlalu cepat cari pengganti. Beri ruang pada diri sendiri. Kadangkala ketika sedang sedih, kita boleh buat sesuatu yang mungkin kita akan menyesal kelak. Ingat, wanita bukan sekadar nak cari suami, tapi bapa pada anak-anak.

6. Berpuasalah 40 hari – kenapa 40 hari. Tempoh masa inilah yang diperlukan untuk membentuk sikap seseorang. Jadi dalam tempoh berpuasa sepanjang 40 hari ini, anda sebenarnya membentuk kembali tabiat diri. Melepaskan kenikmatan yang pernah dirasai semasa hidup bersuami. Inilah petua orang lama-lama yang bagus untuk dipraktikkan.

Kenapa Susah Nak move On..

Ada juga mak-mak yang memang susah sangat nak move on lepas dilepaskan. Tak boleh nak kecam mereka. Sebab sakitnya berpisah, diri mereka yang merasai peritnya. Kita yang ada di sekeliling mereka kenalah bagi sokongan. Segala macam kecaman akan buatkan ibu tunggal lagi bertambah down. Sebab itu, anda kenalah faham apa yang membuatkan mereka ini susah nak teruskan kehidupan. Ini antara sebab-sebabnya.
1. Perpisahan Itu Trauma. Perpisahan mengubah kehidupan seseorang. Jadi, bukan mudah untuk segera pulih. Emosi akan terganggu dan tak pelik kalau trauma. 2. Rasa Kehilangan Yang Amat Sangat. Mungkin sudah lama kamu berkahwin dan banyak perkara yang kamu bergantung pada bekas suami. Bila perpisahan terjadi, anda akan rasa  kehilangan. Rasa diri seumpama layang-layang terputus tali, terbang tanpa arah tujuan. Semua benda tak reti nak buat. Jadi, belajarlah untuk hidup berdikari. Sentiasa berfikiran positif dalam mengharungi apa saja ujian.

3. Kurang Keyakinan Diri. Ada perempuan yang salahkan diri sendiri bila berlakunya perpisahan walaupun kadangkala bukan sebab diorang pun. Tepis perasaan itu, in shaa Allah anda boleh teruskan hidup dengan aman dan tenteram. Anda juga dihimpit rasa malu jika orang-orang sekeliling tahu anda dah bergelar ‘miss J”. Alahaaiii… buat apa nak malu. Sepatutnya anda kena tanamkan semangat dalam diri untuk membahagiakan diri sendiri pada masa hadapan. Anggap perpisahan itu sebagai pengalaman berharga yang bukan semua orang ‘berpeluang’ mengalaminya.

4. Dihantui Momen Manis. Anda masih teringat-ingat akan saat-saat manis bersama bekas suami. Stop! Tak perlu ingat lagi semua itu, buang masa dan hanya menyakitkan hati saja. 5. Sakit Hati Sakit Fizikal. Bila dilanda rasa kecewa dan sedih, anda akan rasa seluruh badan turut lemah, tak bermaya. Seolah-olah tubuh anda sedang sakit. Hakikatnya, perasaan itu wujud sebab anda tengah bersedih. ‘Sakit’ itu tiada ubatnya kecuali anda rawat rasa sedih itu. Dengan solat dan berdoa juga mampu merawat kesedihan itu. 

Mengadulah pada Allah kerana Dia yang Maha Mengetahui. Pohonlah dikurniakan yang terbaik untuk diri anda.

SUMBER : Mingguan Wanita via Sinar Viral Network

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post