Sungguhpun Tentera Darat Malaysia (TDM) semalam telah mengesahkan insiden kematian pegawai komando, Mejar Mohd Zahir Armaya sebagai satu kemalangan dalam latihan, nampaknya bapa kepada arwah tidak begitu bersetuju dengan kenyataan tersebut.
“Saya kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera” – Masih Keliru Atas Punca Kematian Anak, AR Badul Mahu Inkues Mejar Zahir |
Menurut Utusan Online, pelakon serta pelawak veteran, AR Badul mahu inkues diadakan untuk cari punca kematian anaknya yang dilaporkan tertembak ketika gimik pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia.
Sumber: Blog
ARTIKEL MENARIK: “Dia berulang kali gelarkan anak saya bapok”- Wanita Kena Bayar Ganti Rugi Sebab Hina Anak Jasmin Hamid
“Kalau boleh kami nak macam Adib” – AR Badul
AR Badul atau nama penuhnya, Armaya Aman Ramlie, 70, berkata, semua ahli keluarga tak berpuas hati dengan kronologi sebenar kematian anaknya itu.
“Kalau boleh, (kami) nak macam Adib.
“Saya rasa kecewa dan hampa dengan kenyataan tentera (Tentera Darat Malaysia). Kami (keluarga) tidak pernah diberitahu secara khusus apa kronologi sebenarnya kematian anak saya. Kami terkilan sebab tidak diberi penerangan lanjut.
“Punca kematian tidak diberitahu cuma dikatakan meninggal dunia sebab tertembak.
Tertembak di mana, kita tak tahu… tiada khususnya. Bedah siasat ada dibuat tapi tidak diterangkan. Katanya mati di hospital… kalau mati di situ (lokasi kejadian) pun kita tak tahu,” katanya lagi.
loading...
“Bagaimana dia kena tembak? Adakah sebab peluru tersasar? Anak saya berdiri tak betul ke?”
Malah kata AR Badul lagi, inkues ni juga boleh memberi jawapan kepada segala persoalan berkaitan punca sebenar kematian anaknya yang sering ditimbulkan dalam kalangan keluarga dan orang awam yang turut nak tahu tentang insiden berkenaan.
Saya minta penerangan (mengenai kronologi kematian) yang jelas. Bagaimana dia kena tembak? Adakah sebab peluru tersasar? Sebab anak saya berdiri tak betul ke? Atau penembak tak konsisten tertembak? Kronologi itu yang kita mahu tahu,” kata AR Badul.Sumber: FMT
Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, merupakan pegawai komando dari 11 Grup Gerak Khas (11 GHK) itu dilaporkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu lepas di masukkan ke Unit Kecemasan pada 4 September lepas.
Allahyarham telah bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur ini merupakan bapa kepada 5 orang anak berusia antara 5 bulan ke 9 tahun.
Semoga persoalan bapa arwah terjawab nanti. Al fatihah.
Kredit : Lobak Merah
Post a Comment