Mungkin kerana cita-citanya mahu menjadi pengawal keselamatan peribadi Yang di-Pertuan Agong, Allahyarham Mejar Mohd. Zahir mempunyai kemahiran yang dikagumi tentera China.
Sampai Tentera China Pun Kagum. Ini Kisah Pasal Arwh Yang Mereka Beritahu |
Malah, Allahyarham turut mendapat perhatian dan pujian ketika mempamerkan kewibawaan dan kecekapannya sewaktu mengendalikan latihan Eks Aman Youyi pada 2018.
ARTIKEL MENARIK: Ibu PlJAK bayi yang baru dilahirkan sehingga meninggaI dunia sebelum disorokkan dalam baldi
Menurut seorang anggota wanita dari China, Allahyarham juga mempamerkan ciri-ciri keberanian dan mahu kami tampil berani terutama ketika sedang menggunakan senj4ta api.1
” Ketika sesi latihan, beliau sendiri berdiri tidak jauh dari papan sasaran. Jadi kami hanya ada ruang yang sikit untuk men3mbak. Kalau tersasar pasti terkena beliau.” katanya.
Anggota tersebut berkongsi pengalaman latihan menerusi satu klip video dokumentari lathan tersebut yang tular dalam media sosial.
Sementara itu, seroang anggota lelaki dari negara sama turut berkongsi pengalaman serupa ketika menjalani latihan men3mbak.
” Ketika latihan, beliau berada betul-betul di hadapan kami. Seperti satu cabaran, beliau mahu kami t3mbak tepat pada sasaran,” luahnya.
loading...
Biarpun menunjukkan keberanian dengan berdiri bertentangan dengan pelatih dan berhampiran dengan papan sasar, namun beliau menitikberatkan aspek keselamatan.
Menurut seorang lagi anggota dalam latihan yang sama, semua pelatih menggunakan pelvru hidup ketika men3mbak.
” Beliau mematuhi prosedur keselamatan ketika mengendalikan latihan terutama melibatkan senj4ta api, tidak hairanlah beliau yakin dan mempunyai ketahanan mental yang tinggi,” ujarnya.
Dalam pada itu, kehebatan Allahyarham turut dikongsikan oleh seorang pegawai tentera yang pernah melatih arwh Mohd Zahir.
“ Allahyarham (Mejar Mohd Zahir Armaya) antara pegawai terbaik pernah saya jumpa sepanjang berkhidmat dalam Grup Gerak Khas (GGK). Pemergian arwah adalah satu kehilangan besar khusus buat Rejimen 11 GGK.
“ Boleh diibaratkan GGK kehilangan sebutir permata,” kata mantan Rejimen Sarjan Mejar (RSM) 11 GGK Pegawai Waran I (B) Rothman Ahmad.
Beliau yang menamatkan perkhidmatan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2014 berkata, Allahyarham Mohd Zahir adalah individu yang disenangi semua warga 11 GGK meskipun berpangkat Mejar.
“ Dalam komando pangkat tidak membataskan kami, jadi memudahkan kami untuk bekerja sebagai satu pasukan kecuali dalam majlis rasmi kerana perlu mengikut protokol.
“ Allahyarham bukan saja mahir men3mbak, malah dia juga kerap menjadi pengacara majlis ketika penganjuran majlis rasmi pasukan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Rothman berkata, kepakaran dan kemahiran Allahyarham men3mbak tidak boleh dipertikaikan dan tidak ramai anggota tentera berbakat sepertinya.
“ Allahyarham mampu menyerap tekanan, rasa gugup dan gementar ketika berlatih serta melakukan pertunjukan menggunakan pelvru hidup.
“ Tidak semua anggota tentera mampu men3mbak dalam pelbagai posisi sukar seperti Allahyarham yang pastinya akan memberikan tekanan kepada pen3mbak terbabit,” katanya yang kini menetap di Bukit Rambai, Melaka.
Mengulas mengenai teknik latihan komando, beliau berkata, men3mbak menggunakan pelvru hidup adalah perkara biasa bagi pegawai dan anggota pasukan elit itu.
Sama-sama kita doakan semoga arwaah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Sumber : hmetro & utusan via tubeviral
Post a Comment