Rogol anak sehingga hamil 7 minggu, bapa mengaku tidak bersalah

Rogol anak sehingga hamil 7 minggu, bapa mengaku tidak bersalah

Seorang lelaki berusia 41 tahun yang uga bapa kepada empat orang anak membuat pengakuan tidak bersalah di atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya berusia 12 tahun. 

Rogol anak sehingga hamil 7 minggu, bapa mengaku tidak bersalah
Rogol anak sehingga hamil 7 minggu, bapa mengaku tidak bersalah

Tertuduh membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nooriah Osman di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

ARTIKEL MENARIK: Mangsa ditampar, dipijak, dilempar' - Bayi mati didera 4 rakan ibunya


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa di antara jam 3 hingga 4 pagi pada Julai hingga Ogos lalu di sebuah rumah di Kampung Chabang Tiga. 

Tertuduh sekali lagi mengulangi perbuatannya di lokasi dan waktu yang sama pada 17 Ogos lalu. 

Mangsa kini disahkan hamil tujuh minggu selepas mengalami muntah-muntah ketika sedang menduduki UPSR baru-baru ini.

Kes dibicarakan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan jika disabitkan bersalah. 

loading...

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazilah Mahmud, manakala tertuduh diwakili oleh peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad. 

Mahkamah menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. Tiada jaminan yang ditawarkan kepada tertuduh.

Sumber: Sinar Harian via The Reporter 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post