Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dirogol di rumah neneknya dan dibunuh dengan batu bata dalam kes jenayah seksual terbaru yang berlaku di Afrika Selatan.
Remaja dirogol sebelum kepalanya dihentak dengan batu bata sehingga mati |
Mayat Janika Mallo ditemui dalam keadaan kepalanya cedera berlumuran darah dan pakaiannya dibuka dipercayai telah dirogol.
ARTIKEL MENARIK: Lebih baik aku mati di tangan kamu sekiranya kamu lebih percaya fitnah orang' - Isteri mati ditembak suami bahalol
Polis sedang menyiasat dan mengesyaki kejadian itu didalangi sekumpulan lelaki mudadi Heinz Park, berdekatan Cape Town, di mana mayat mangsa ditemui.
Menurut ibu mangsa, kali terakhir dia bercakap dengan mangsa di mana berlaku perselisihan faham di antara mereka.
"Saya tampar muka dia dan tidak benarkan dia pergi ke acara bola sepak di Portland. Itulah kali terakhir saya melihat dia," katanya.
loading...
Sementara itu bapa mangsa berkata, muka anaknya dipukul dengan teruk dan percaya dia dipukul sehingga tidak sedarkan diri sebelum dirogol suspek.
Mayat mangsa ditemui pada pagi Ahad, namun tidak diketahui mengapa mangsa berada di rumah neneknya pada waktu itu.
Sumber: Daily Mail via The Reporter
Post a Comment