Pemandu Lori Panik TerIanggar Kereta Mewah, Ini Tindakan Pemandu Velfire Yang Mengejutkan Ramai Pihak

Pemandu Lori Panik TerIanggar Kereta Mewah, Ini Tindakan Pemandu Velfire Yang Mengejutkan Ramai Pihak

KemaIangan jalan raya boleh terjadi tanpa diduga. Apatah lagi sekiranya melibatkan dua pihak, perbalahan atau pergaduhan mungkin membuatkan keadaan menjadi lebih tegang.

Pemandu Lori Panik TerIanggar Kereta Mewah, Ini Tindakan Pemandu Velfire Yang Mengejutkan Ramai Pihak
Pemandu Lori Panik TerIanggar Kereta Mewah, Ini Tindakan Pemandu Velfire Yang Mengejutkan Ramai Pihak

Namun berbeza bagi seorang pemuda yang tular di laman media sosial baru-baru ini selepas bertindak untuk memaafkan kesalahan si pelanggar keretanya.

ARTIKEL MENARIK: Parah ditetak suami selepas posting terakhir FB, muka terbelah… jari hampir putus


Menerusi laman Facebook, Kok How berkongsi kejadian yang berlaku di Pulau Pinang itu apabila kereta jenis Toyota Vellfire miliknya diIanggar tanpa sengaja oleh seorang pemandu lori.
Keadaan itu menyebabkan pemandu lori rasa bersalah dan risau terhadap keadaan kereta terbabit walaupun lori miliknya turut mengalami ker0sakan.
Menurut posting berkenaan lagi, orang awam di sekeliling tidak menghulurkan bantuan sebaliknya merakam gambar dan video insiden tersebut manakala balai polis pula terletak jauh dari lokasi kejadian.
Apabila melihat pemandu lori dalam keadaan resah akibat kesalahan yang dilakukan, Kok How mengajak lelaki itu untuk makan bersama di sebuah restoran mamak.

loading...

Setelah selesai menikmati makan malam dan membuat laporan polis, mereka berdua menjadi rakan dengan berbual serta bergelak ketawa seperti tiada apa yang berlaku.
Posting tersebut mendapat lebih 2,600 perkongsian dan 17,000 tanda suka serta pelbagai reaksi positif netizen yang kagum dengan tindakan harmoni mereka.
Sumber : Kok How via celotehsaje

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post