Gembirakanlah hati ibu dan ayah sementara mereka masih bernyawa di dunia ini. Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita yang sanggup ambil masa berbulan demi merancang menyempurnakan hasrat ibu tercinta.
Nangis Makcik Ini BiIa Tahu Anak Bkn Mahu Bawa ke Melaka, Tapi ke Tempat Lain. Rupanya Menantu Jadi DaIang |
“ Selamat perjalanan untuk kami. Lama simpan kejutan ni. Mak saya ingat teman pergi persidangan kat Melaka. Dupdap dupdapp bila sampai lapangan terbang,” kata seorang anak menerusi perkongsian di halaman Facebook.
ARTIKEL MENARIK: Mazda potong, main tekan-tekan brek depan van
Nurul Diana Jasni memberitahu, ibunya, Robiah Shapie, 59, belum pernah menjejakkan kaki ke Sarawak seumur hidupnya.
Robiah bersama tiket penerbangannya ke Kuching dan dua juruterbang ini merupakan individu yang terawal menerima berita gembira Robiah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Kuching.
Dia yang berusia 38 tahun itu berkata, ibunya hanya pernah menaiki penerbangan sekali sahaja iaitu pada 2015 untuk menunaikan umrah.
“ Mak saya sebelum ni selalu dengar perkara menarik tentang Sarawak daripada kawan-kawan. Besan dia pun orang Sarawak tapi dah lama berhijrah ke Selangor.
loading...
“ Jadi, mak asyik ulang tanya kami adik-beradik bila lah dia dapat pergi ke Sarawak, selalu saja dengar sampaikan dia pun teringin ke sana,” katanya kepada mStar.
Nurul Diana berkata, kejutan untuk membawa ibunya ke Kuching dibuat seawal Mac lalu selepas mendapat maklumat mengenai pembentangan kertas kerja pada satu persidangan di ibu negeri Sarawak pada September.
“ Saya, suami dan adik bongsu yang menjadi dalang merancang untuk buat kejutan ini. Bayangkan selama ni saya tak pernah berahsia dengan mak, tapi selama enam bulan saya terpaksa kunci mulut.
“ Tapi saya ada ajak mak temankan saya ke persidangan tu, tarikh dan tempoh yang sama. Cuma saya beritahu lokasinya di Melaka. Saya buat persediaan lebih awal dengan membuat tempahan penerbangan dan penginapan untuk saya dan mak,” katanya sambil menambah ibunya menetap di Jenjarom di Kuala Langat, Selangor.
Rata-rata penduduk Sarawak merujuk perjalanan menaiki pesawat sebagai naik belon.
Pada hari kejadian, pustakawan kanan di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor membiarkan ibunya tidur di dalam kereta sepanjang perjalanan.
Menurut Nurul Diana, perkara sebenarnya hanya didedahkan kepada ibunya kira-kira dua jam sebelum penerbangan ke Kuching, sebaik mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
“ Mak terkejut tanya kenapa nak ke KLIA untuk ke Melaka, kan boleh naik kereta saja. Saya kemudian beritahu sebenarnya nak bawa mak ke Kuching.
“ Mak menangis bila dapat tahu sebab tak sangka dapat pergi ke Kuching buat pertama kali. Mak juga tak sangka saya boleh simpan rahsia dengan baik selama ni. Kejutan buat mak memang menjadi dan mak teruja,” katanya.
“ Orang pertama mak kongsi berita gembiranya adalah juruterbang yang membawa pesawat kami naiki.
“ Bukan setakat juruterbang, ramai lagi yang mak kongsikan kegembiraannya, dari pemandu Grab, kawan-kawan pustakawan saya dari Sarawak, sampai tukang masak kat tempat kami makan pun dia beritahu. Semua orang mak canang,” katanya.
Keterujaan ibunya dapat dilihat sepanjang tiga hari dua malam mereka berada di Kuching, lebih-lebih lagi sebaik pesawat yang dinaiki mendarat.
Nurul Diana yang juga ibu kepada tiga anak itu meluahkan kesyukuran kerana dia akhirnya dapat menunaikan hasrat ibunya untuk berkunjung ke Kuching.
“ Dari jalan-jalan kat Waterfront Kuching, makan mi kolok dan beli buah tangan seperti kek lapis, semua mak teruja. Dan mak akhirnya dapat juga beli ikan terubuk masin, yang wajib dibawa pulang dari Sarawak,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : mstar via Citer Santai via KL
Post a Comment