Lelaki dibunuh, dibakar sebab kacau awek orang

Lelaki dibunuh, dibakar sebab kacau awek orang

4 September lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar di temui dalam anak sungai berdekatan jambatan Kampung Puyu, Jalan Semerak, Pasir Puteh. 

Lelaki dibunuh, dibakar sebab kacau awek orang
Lelaki dibunuh, dibakar sebab kacau awek orang

Mayat itu ditemui terapung pada jam 3 petang dan dipercayai sudah meninggal dunia beberapa hari berdasarkan keadaan mayat.




ARTIKEL MENARIK: 'Lebih baik aku mati di tangan kamu sekiranya kamu lebih percaya fitnah orang' - Isteri mati ditembak suami bahalol



Mangsa dipercayai berusia 20 tahun dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan pukul dengan objek tumpul di muka dan badannya, selain kesan luka dan terbakar 30 peratus. 

Polis tidak menemui sebarang senjata di lokasi mayat ditemui dan mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya dari Terengganu setelah menjalankan proses pengecaman. 

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan 11 individu termasuk empat wanita berusia 16 hingga 55 tahun. 
loading...

Siasatan awal polis mendapati, kejadian berpunca apabila mangsa didakwa mengganggu teman wanita salah seorang suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

Sumber: Harian Metro via The Reporter 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post