Terlalu obses dengan permainan video popular PUBG, mendorong seorang lelaki berusia 25 tahun dari Belagavi membunuh bapanya sendiri.
Lelaki bunuh & kerat mayat bapanya kerana bengang tak diberi duit top up internet untuk main PUBG |
Suspek didakwa membunuh bapanya pada malam Ahad lalu selepas mangsa enggan memberikan wang kepada suspek yang mahu menambah nilai kredit telefon bimbitnya agar dia dapat melanggan internet untuk bermain PUBG.
ARTIKEL MENARIK: Remaja dirogol sebelum kepalanya dihentak dengan batu bata sehingga mati
Raghuveer Kumbar, 25, yang merupakan pelajar, dikatakan terlalu ketagih dengan permainan itu dan akan menghabiskan masanya untuk PUBG.
Bapanya, Shankrappa Kumbar, 60, pesara polis, selalu menasihatkan anaknya kurangkan masa menghadap telefon bimbit.
Namun pada hari kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, dua beranak itu bertengkar. Suspek yang tidak dapat mengawal kemarahan diri bertindak merosakkan tingkap rumah.
loading...
Jiran yang terdengar pertengkaran itu terus menghubungi polis yang kemudian datang memberi amaran kepadssa suspek.
Tetapi, sekali lagi sekitar jam lima petang, suspek meminta duit dari mangsa kerana dia mahu melanggan internet untuk telefon bimbit.
Berang dengan permintaan itu, mangsa terus memarahi anaknya menyebabkan mereka berdua bertengkar sekali lagi.
Situasi menjadi semakin serius apabila suspek mengunci ibunya di dalam bilik dan suspek mengheret bapanya ke dapur sebelum membunuh mangsa dan mengerat mayatnya.
Jiran yang terdengar jeritan dari rumah keluarga itu terus melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis tiba di lokasi kejadian dan suspek ditahan untuk siasatan.
Sumber: Bangalore Mirror via The Reporter
Post a Comment