CUKUP dikenali kerana personaliti yang bersahaja dan sederhana maka tidak hairanlah Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang diangkat sebagai Raja Permaisuri Agong amat disayangi ramai.
Ini Komen Raja Permaisuri Agong Bila Ada Yang Tiru Fesyen Baginda |
Malah penampilannya yang gemar berbaju kurung, ditambah pula dengan pemakaian selendang sebagai pelengkap busana mula menjadi ikutan di negara ini.
ARTIKEL MENARIK:
Baru-baru ini perkongsian seorang gadis dengan kapsyen ‘Tahun ni gambar kelas terinspirasi dengan gaya our Queen, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah’ menjadi tular gara-gara ‘meniru’ penampilan Tengku Ampuan Pahang itu.
Menariknya dua keping gambar yang dikongsi Sarah Misha Mirza Mohammad itu turut menerima pujian baginda.
Gaya selendang dipakai Tunku Azizah memberi inspirasi kepada Sarah dan rakan-rakannya untuk sesi penggambaran gambar kelas mereka.
Sehingga hari ini, posting itu mendapat 2,700 ulang kicau dan 8,100 tanda suka.
Sarah Misha ketika dihubungi mStar berkata sesi penggambaran di Eco Ardence, Setia Alam itu diadakan pada minggu lalu untuk diabadikan dalam majalah sekolah mereka.
“Kami semua merupakan pelajar tingkatan 5 di SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam. Jadi gambar photoshoot tu sebenarnya gambar kelas untuk majalah sekolah (senior page).
“Saya pun share saja untuk suka-suka dan tak expect apa-apa langsung. Tiba-tiba kawan suruh check Twitter sebab gambar tu dapat pujian daripada tuanku sendiri,” katanya.
loading...
Jelas Sarah lagi, idea untuk menggayakan baju kurung seperti Tunku Azizah tiba-tiba terlintas di fikiran sehari sebelum sesi penggambaran itu.
“Pada mulanya dua rakan perempuan sekelas saya pergi bantu cikgu di bilik guru. Kebetulan pula cikgu bercerita tentang tuanku permaisuri kerana dia amat meminati baginda.
“Malam sebelum photoshoot kami masih lagi berbincang tentang pakaian dan salah seorang rakan tiba-tiba teringat gaya permaisuri yang disebut cikgu kami.
“Jadi kami semua pun setuju dan cuba gayakan seperti baginda. Lagipun gaya tuanku permaisuri amat sopan dan kami juga amat meminati keperibadian baginda,” katanya.
Sarah bagaimanapun berkata mereka tidak menduga gambar tersebut akan mendapat perhatian Tunku Azizah.
“Sejujurnya kami terkejut dan terharu kerana memang tak sangka langsung tuanku akan respons.
“Lagipun saya hanya post sekadar suka-suka sahaja. Followers di Twitter pun setakat enam orang jadi saya agak terkejut bila diberitahu gambar itu viral,” katanya yang kini mempunyai lebih 100 pengikut di laman tersebut.
Rata-rata netizen memuji penampilan semua pelajar wanita itu yang nampak kemas dan sopan.
Tambah Sarah lagi, dia amat meminati Tunku Azizah sebelum baginda naik takhta sebagai Raja Permaisuri Agong.
“Saya follow tuanku di Instagram sebelum tuanku jadi permaisuri lagi. Saya suka cara tuanku yang humble dan suka masak-masak. Especially bila tuanku masak untuk mangsa banjir.
“Kalau boleh memang teringin nak jumpa tapi seganlah juga dan saya rasa perkara itu mustahil untuk berlaku,” katanya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hujung tahun ini.
Permaisuri Agong berkenan buat demonstrasi masakan cucur durian
PUTRAJAYA – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Floria Diraja Putrajaya 2019 bagi membuat demonstrasi masakan cucur durian Musang King.
Keberangkatan tiba baginda disambut Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim dan isteri Datin Murni Muda.
Tunku Azizah yang juga peminat dunia masakan kelihatan gembira melihat rakyat jelata mengerumuni kawasan demonstrasi masakan yang terletak di tapak buahan-buahan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk melihat baginda memasak.
Sambil memasak, Raja Permaisuri Agong juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergurau senda dengan rakyat yang hadir.
Baginda juga berkenan untuk berkongsi beberapa petua bagi mendapatkan cucur durian yang gebu serta enak termasuk meratakan adunan menggunakan alat pengadun selain menggunakan gula kasar bagi mengelak cucur menjadi terlalu berair.
Tunku Azizah kemudian menjemput rakyat jelata dan pengunjung Floria Diraja Putrajaya untuk merasa keenakan cucur durian air tangan baginda yang dibuat menggunakan resepi bondanya. – Bernama
Sumber : MSTAR ONLINE via tubeviral
Post a Comment